QAILULAH : Tidur Yang Berpahala



Disunatkan seseorang itu tidur sebelum menunaikan solat fardhu zohor sebagai memudahkannya untuk bangun solat pada tengah malam. Tidur takala ini dinamakan sebagai 'Qailulah'.

Tetapi sekiranya tidur sahaja tanpa sebarang niat untuk bangun pada tengah malam untuk beramal ibadat, maka tidaklah mendapat sebarang pahala sunat tidur tersebut.

Oleh itu, orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Terdapat hadis yang meriwayatkan tentang Qailulah, kerana itu Jumhur Ulama (Majoriti) mengatakan hukum Qailulah ini adalah Sunat. Antara dalil mereka ialah hadis Nabi SAW:
 قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ
MAFHUMNYA: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.”(Abu Nu’aim di dalam al-Tibb)    SUMBER


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 27, 2012

8 Komen:

  1. tidur yg terbaik utk kesihatan

    BalasPadam
  2. Terima kasih diatas perkongsian.. tidor pun
    boleh dapat pahala jika kena dgn caranya yak.

    BalasPadam
  3. assalam, yg penting niat,,,

    BalasPadam
  4. setiap perbuatan manusia boleh mendapat pahala jika berpandukan sunah2 nabi..

    perkongsian yg baik.. :)

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama27 Julai, 2012

    Terima kasih atas ilmu yang baik ini. Selamat berpuasa.

    BalasPadam
  6. thanks bro...baru tau apa itu qailulah...

    BalasPadam
  7. tidur sekejap tapi lena adalah tidur berkualiti, tapi tidur lama tapi tidak lena langsung :)

    BalasPadam