PRU 13 : Demo Pemakaian Dakwat Kekal (Gambar)


 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menunjukkan dakwat kekal di jarinya ketika mengadakan sesi khas bersama media menunjukkan demonstrasi dan susun atur tempat mengundi (saluran), proses pengundian dan penggunaan dakwat kekal di ibu pejabat SPR di Putrajaya.foto :THE STAR


Untuk kali pertama dakwat kekal menjadi mandatori sebelum kertas undi diserahkan dan susun atur terbaru membolehkan setiap wakil parti politik duduk berhadapan dengan kotak undi dan membuang undi.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwat kekal itu sudah terbukti selamat digunakan dan diluluskan Majlis Fatwa, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia.

"Ia halal...tidak sekat umat Islam ambil wuduk dan tidak memudaratkan kesihatan. Jadi tidak ada sebab bagi mana-mana pihak untuk mempertikaikan penggunaan dakwat ini,"Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (SPR)

Sementara itu, dua jenis dakwat kekal yang berbeza akan digunakan bagi kategori undi awal terutama untuk anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing serta undi biasa.

Dakwat yang digunakan untuk undi awal mungkin akan kekal lebih lama. Warna-warna untuk setiap kategori undi adalah unik. Jadi tidak berlaku undi sebanyak dua kali, ia juga menyenangkan semua pihak.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Julai 11, 2012

11 Komen:

  1. harap tiada lagi yg berbunyi sumbang. sabar. pembaharuan sedang menanti. insyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. Macam-macam baru sekarang hendak perkenalkan dakwat.

    BalasPadam
  3. sebuah usaha yg baik

    BalasPadam
  4. dakwat ada dah pilihanraya bila lagi :)

    BalasPadam
  5. harapkan khidmat yang terbaik dari SPR>..

    tak lama dah la ni nak PRU...

    BalasPadam
  6. jangan kekal selamanya sudah..hehe

    BalasPadam
  7. elok juga buat mcm nie..bru la nampak adilnye..cepat2 skit election tu..tak sabo dah nie.. *eh,mlm td bulan nampak terang la..hehehehe

    BalasPadam
  8. Harap-harap cepat2lah PRU :)

    BalasPadam
  9. siap demo lagik..harap lpasni x timbul mslah..

    BalasPadam
  10. tindakan yang ngam, mengelak undi dari orang yang sama lebih dari sekadar satu kali undian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehhehe....bkn nak ngelak org undi byk kali tp nak bg org yg kurang paham pasal proses pilihan raya paham tue jer....

      Padam