Salam semua, terus terang saya cakap inilah pertama kali saya bertemu dengan kuih "spesis" ni, kira jakun la juga..huhu. Kuih ini dalam kategori dodol cuma yang bezanya ianya diperbuat daripada kelapa dan dikenali sebagai kuih "Gelembung Buaya".
Kalau ikut yang tertera pada pelekat plastik pembungkus kuih ini, ianya diperbuat dari kelapa muda, tepung pulut, gula, daun pandan dan bunga cengkih. Bagaimana memasaknya? Pada jangkaan saya, semua bahan dikacau macam pulut wajik atau dodol.
Khabarnya kawasan yang paling terkenal dengan kuih gelembung buaya ini sekitar Kampung Laut, Palekbang dan Tumpat di Kelantan. Kuih di atas pun adalah sumbangan jiran depan rumah Kak Wan yang memang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
Khabarnya kawasan yang paling terkenal dengan kuih gelembung buaya ini sekitar Kampung Laut, Palekbang dan Tumpat di Kelantan. Kuih di atas pun adalah sumbangan jiran depan rumah Kak Wan yang memang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan.
Memang agak sedap kuihnya, tetapi ada kelainan sedikit apabila mengunyahnya. Terasa lemak-lemak manis kelapa parut muda yang telah sebati dengan gula dan tepung. Selepas makan tekak akan terasa sedikit dahaga kerana kemanisannya.
ngeri pulak namanya. biasanya kuih kelantan mannis sikit tapi cukup sedap.
BalasPadamSecara seriusnya ini pertama kali melihat & mendengarnya! Tak sangka ada nama kuih sebegini. Terasa ganas apabila memakannya :D
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Kadar Pinjmana Asas (BLR) Kekal Untuk Suku Ketiga 2012
1st time dgr nama gelembung buaya
BalasPadammesti manis kan?
Sop x suka manis.. heheh
biasa makan bila balik kota baru :)
BalasPadamtapi satu kome x berapa berkenan dgn kuih kelantan.... Manissssss amat hehehehe
pernah dengar nama kuih ni..tapi ini kali pertama tengok...tq bro zul.. :-)
BalasPadammemang manis.. saya dah pernah cuba ketika ke kelantan dahulu..hehe
BalasPadam...koi dah jenuh mkn kuih nih.. :))
BalasPadamNampaknya, aku ni kategori jakun jugklah..hehe
BalasPadamMacam pernah tgk, cuma kaler jer berbeza. Mungkin rupa saje sama, tp nama dan rasanya pasti tak sama.
KUIH NIE SEDAP JUGA TAPI MANIS SANGAT :(
BalasPadamSerun dengor name ter...
BalasPadamsalam
BalasPadamtak boleh makan banyak ni, bro
manis sangat
pertama kali dengar nama kuih ni..huhu
BalasPadamPertama kali dengar nama kuih ini. Kalau manis perlu rasa cebisan demi cebisan kot.
BalasPadamSedap kuih ni,ermm teringat plak kat kampung halaman di Kelantan
BalasPadamtak pernah cuba lagi yang ni..
BalasPadam