Salam semua, pokok pisang dan apa yang ada padanya memang diketahui ada pelbagai kegunaan dalam kehidupan kita seharian. Dari buahnya yang sedap dimakan serta berkhasiat, sudah kita ketahui boleh dipelbagai terutama di bulan puasa sekarang.
Dari buahnya kita boleh makan begitu sahaja, selain boleh dibuat pisang goreng, lepat pisang, pengat pisang, kek pisang, kerepek pisang dan lain-lain resepi lagi. Pendek kata semuanya juadah pisang kan? Lagi satu, buah pisang antara buahan yang paling murah di pasaran.
Dari daunnya kita boleh jadikan pembalut pelbagai masakan untuk menghasilkan aroma yang harum. Nasi lemak tak sah kalau tak ada daun pisang, begitu juga masakan india banyak yang menggunakan daun pisang, contoh nasi daun pisang, beratur orang nak makan.
Tak lupa juga kegunaan batang pisang di setengah negeri, menggunakan umbut batang pisang sebagai bahan membuat gulai. Dikenali sebagai 'gulai batang pisang', amat popular sewaktu musim majlis kahwin di utara tanahair contoh negeri Kedah Darulaman.

Pernahkah anda terfikir kegunaan tandan buah pisang? Ermm.., hari ini saya baru tahu, kegunaannya sebagai pemegang payung di musim hujan? Anda pasti setuju, sudah tentu payung ini kalis sambaran kilat seperti yang dibuat mamat dari negara India ini? Apa komen anda, ada berani cuba?
mmg x mengalirkan elektrik..hehe
BalasPadamCool juga tu. Payung mesra alam! :D
BalasPadamhmmm x pernah pulak terpikir boleh buat payung gitu yek :)
BalasPadamالسلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Satu perkara perlu kita ingat, jangan jual pokok pisang kepada kaum yang menggunakan untuk tujuan pemujaan di kuil mereka.
...serat pisang boleh buat pakaian...jgn aok tak tau hehe :))
BalasPadamSaya pulak musykil ada oang bagi teka teki camana nak taw pisang tu jantanke betina?????
BalasPadamassalam, pertama kali tengok...mmg kreatif
BalasPadamce cuba makan gulai daging batang pisang....bulan puasa senang sikit nak cari..hehe...sedap hingga menjilat jari...:-)
BalasPadampayung dia tu cuma dapat kaver bahagian kepala saja, tapi nampaknya bahagian bahu berisiko untuk basah! hehe..
BalasPadamHee...hee..unik. :-)
BalasPadamsalam
BalasPadambiar pun aku tergelak
tapi tak dapat dinafikan, idea mamat ni memang boleh dipakai