Im Dong-Hyun Si Buta Pemecah Rekod Dunia Pertama Olimpik London 2012

Dalam pusingan awal acara memanah lelaki di Sukan Olimpik London 2012, yang diadakan di  Lord's Cricket Ground, Im Dong-Hyun mencatatkan 699 mata daripada 72 anak panah untuk memecah rekod beliau sendiri 696 yang dibuat pada bulan Mei tahun ini.

Seterusnya bersama-sama dengan rakan sepasukan, Kim Bubmin dan Oh Jin-Hyek,  Im Dong-Hyun sekali lagi  membantu mencatatkan jumlah 216-arrow 2087, yang juga memecahkan rekod dunia yang baru, yang juga dilakukannya di Turki pada bulan Mei lalu. 


Im Dong-Hyun yang berusia 26 tahun dari Chungbuk, di sisi undang-undang adalah buta pada mata kirinya dengan visi 20/200. Ini bermakna dia perlu menjadi 10 kali lebih dekat untuk melihat sesuatu objek daripada seseorang yang mempunyai penglihatan sempurna 20/20. Mata kanannya mempunyai 20/100 visi.

Beliau pernah memenangi pingat emas berpasukan di Olimpik 2004 dan 2008  dan empat pingat emas Sukan Asia. Beliau kini menumpukan perhatian untuk koleksi pingat emas Olimpik London 2012, apabila pertandingan disambung semula pada hari Sabtu.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 28, 2012

6 Komen:

  1. tunggu emas pertama malaysia
    dari acara agaknya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua mengharap pada Chong Wei..
      berat tanggungjawab dia nak galas tu
      harapan ada kejutan acara lain :)

      Padam
  2. Beliau seorang yang hebat. Walaupun dikategorikan sebagai OKU mampu menyaingi manusia yang celik.

    BalasPadam
  3. kagum! walau penglihatannya di sebelah kiri terbatas, tertanya itu bukan alasan untuk dia mencipta rekod tersendiri dalam temasya Olimpik kali ni.

    BalasPadam
  4. kelebihan utk die..bila satu mata shja difokus..kalo masuk air rifle mungkin dpt emas juga..

    BalasPadam