Gambar Sekitar Himpunan Oren 2012

Dianggarkan seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.


 
FOTO: Harakah Daily, Malaysiakini

Gerakan Selamatkan Felda yang menganjurkan perhimpunan hari ini menggariskan tiga perkara utama dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong, antaranya:

  •     Felda Global Ventures Holdings (FGV) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka ke atas tanah Felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur bukan peneroka.
  •     Pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960
  •     Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad didakwa hilang integriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 14, 2012

10 Komen:

  1. Lagi gambar menyusul..
    internet line slow tahap
    Gaban nih :(

    BalasPadam
  2. Ramai juga yang menyertai perhimpunan oren ini.

    BalasPadam
  3. erk..diorg ni peneroka ker??..

    BalasPadam
  4. deme pergi jg ke nih :)

    BalasPadam
  5. dah ketinggalan berita pasal perhimpunan oren ni..tq for the updates.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah. tiada keganasan. berjalan lancar. tiada provokasi.

    dan saya sikit setuju dengan perkara yg berkaitan dgn kredibiliti TS Isa Samad tu yg dinyatakan dlm memorandum dikemukakan gerakan ini kpd YDP.

    bukan pesimis atau skeptikal tapi TS Isa Samad ni nama dia dah kotor kerana isu rasuah politik wang dlm pemilihan UMNO dulu, mungkin, FELDA wajar diterajui seseorang yg bersih dan bebas politik mcm TS Muhammad Ali Hashim (bekas CEO & Pengerusi JCorp)

    BalasPadam
  7. ramai juga yang turun tu...

    skang ni musim demo agaknya kat KL...kat klate dah lama dah demo kawe...

    BalasPadam
  8. salam
    moga2 apa yang dilakukan memberi faedah kepada masyarakat penoroka dan negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama18 Julai, 2012

      Sebenarnya mereka tak faham atau salah faham je. Maklumat d salah tafsir, biasa lah pembangkang zaman sekarang. Kesian. Felda tak rugi, tanah pun tak terjual malah pengurusan akan lebih berintigriti kerana bila dah d senarai dlm bursa semua aktiviti dan keuntungan akan di semak oleh orang awam, lebih telus. Itu yg pembangkang risau nanti. Dulu ada orng dlm felda pun pembangkang dan dah byk gelap duit kot. Bila masuk bursa habis lah terbongkar rahsia mereka. Tu yg bangkang sangat, TAKUT.

      Padam