Salam semua, pejam celik dah masuk ke bulan Ramadan " Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan", bulan penuh keberkatan dan bulan pengampunan. Esok, insyaallah jika di panjangkan umur akan bermulanya puasa 1 Ramadan yang selalunya kita mulakan dengan amalan bersahur yang turut di kira sebagai ibadah juga.
Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.
Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air.
Sabda baginda SAW : “ Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.
“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab yang lain ialah makan sahur.”:Hadis riwayat al-Tirmizi.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata: “Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” : Hadis riwayat al-Bukhari .
Jangan lupa baca:
Hari SYAK
Waktu Imsak Dan Berbuka 1433 H
NOTA: Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua umat islam. Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk terus beramal ibadat di bulan penuh barakah ini dan di kurniakaan pengampunan akhirnya. Wassalam.
salam ramadahn dan selamat beramal.. :)
BalasPadamSelamat menyambut ramadan & selamat berpuasa :D
BalasPadamsalam en.zul..
BalasPadamsemoga ceria2 selalu...
selamat menjalani ibadah puasa.. ;)
salam ramadhan al mubarak
BalasPadamhari pertama lagi dah tak bersahur. tak dengar bunyi alarm!huhu
Selamat berpuase
BalasPadamSelamat menjalankan ibadah puasa. Eloklah bersahur kenapa perlu ditinggalkan.
BalasPadamSalam Ramadhan buat bro zul dan keluarga
BalasPadamsahur juga satu kenikmatan bulan puasa
bulan lain org x sahur dah, kan? :)
selamat berpose
BalasPadammoga puasa tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelumnya
bang zul, saya kena bangun agak awal jugakla.. sebab kena masak... sob2... kalau tak memang longlai lah hari puasa...huhu
BalasPadamalahai Zikr..
Padamkahwin la cepat
ada lah peneman
bersahur nanti.
he he
salam Zul..wah langsir baru ya..lama betul tak singgah ke blog Zul ni.Salam Ramadhan dari kami seisi keluarga dan selamat berpuasa.
BalasPadam