Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan kerana ianya boleh menyebabkan perokok maut.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.-Agensi
NOTA : Jadi buat anda semua yang berkira-kira hendak berhenti merokok, inilah masa dan ketikanya. Jika di siang hari berpuasa kita dapat menahan ketagihan dari merokok, apa kata di teruskan sahaja dengan membuang tabiat buruk merokok tersebut. Mari kita jadikan, Ramadan bulan tanpa rokok. SELAMAT MENCUBA!
Kepada yang ingin berhenti merokok, manfatkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini untuk berhijrah.
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Ramadan, Masa Terbaik Untuk Berhenti Merokok
Memang peluang terbaik
Padamsekali bulan ini lah masanya :)
Ambil peluang untuk membebaskan diri dari cengkaman taik rokok.
Padambkn bulan ramadhan sahaja berhenti merokok..bulan2 yg lain juga ya..
Padamkalau perokok tegar tu kata apa pun, buat dek (dari pengalaman sendiri) :)
BalasPadamada perokok,selepas berbuka hsap rokok berbatang-batang....
BalasPadamalhamdulillah .. saya bukan perokok. tapi tetap berisiko tinggi mendapat penyakit apabila selalu dekat dengan orang yang kerap merokok.
BalasPadammaut bkn ditangan ROKOK....x merokok pn blh MAUT....
BalasPadam