4 Hari Berpuasa Dah Rasa Nak Raya

Salam semua, saya ke sebuah pasaraya petang tadi. Baru beberapa hari kita berpuasa, pasaraya sudah mula memperdengarkan nyanyian lagu-lagu raya. Lagu nyanyian Sanisah Huri mendayu-dayu kedengaran..alahai, apa nak buat orang meniaga, persiapan nak berhari raya cepat sekali. Keuntungan di utamakan, semuanya untuk menarik kedatangan pelanggan.

 
Gambar Hiasan

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, jika ada keuntungan pasaraya itu, harapan pekerja yang beragama islam juga mendapat menafaat dalam bentuk bonus mahupun imbuhan lain. Cuma terkilan , setidaknya seminggu berpuasa dihiasi dengan suasana Ramadan bulan kesederhanaan agar pembeli tidak hanya tertuju untuk menyambut hari raya sahaja bila berpuasa.

Mulanya ingatkan hanya sesekali lagu raya berkumandang, rupanya sepanjang sejam saya di sana memang dihidangkan dengan lagu-lagu raya yang membuatkan seperti terasa sudah separuh bulan puasa. Dengan tergantungnya banner tawaran hari raya di setiap sudut pasaraya ternyata kehadiran Aidilfitri dinantikan serta di utamakan.

Diharap bagi kita semua tidak melupakan kenikmatan yang sepatutnya kita cari di bulan Ramadan ini. Jangan jadikan Ramadan seolah hanya jambatan untuk kita menuju ke hari raya sahaja. Sebaliknya gunakan setiap masa dalam bulan penuh rahmat ini untuk beramal dan menghayatinya, kerana belum tentu kita bertemu Ramadan lagi tahun hadapan.

Ucapan tahniah buat semua kakitangan dan pesara perkhidmatan awam kerana dikurniakan oleh kerajaan bonus Raya 2012, setengah bulan gaji dan minima RM500. Begitu jua pesara yang mendapat habuan sebanyak RM500. Gunakanlah wang ini dengan cara yang berhemah, dan jangan lupa pada yang lebih memerlukannya, amalan bersedekah amat digalakkan di bulan ini.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Julai 26, 2012

12 Komen:

  1. 4 hari berpuasa merujuk
    entri ini telah disediakan
    semalam..he he

    BalasPadam
  2. Salam
    Berpuasa kerana nak raya
    Situasi yang sangat salah ni sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      memang terkilan mengalami
      situasi begini..tapi dah jadi
      seperti kebiasaan pasaraya
      di negara kita kini :)

      Padam
  3. assalam, sepatutnya ramadan yg dilebihkan dan syawal disambut sebagai hari kemenangan...wallahuallam

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam
      begitulah hendaknya
      wallahualam :)

      Padam
  4. pasaraya mmg sentiasa awal..
    sebelum puasa pun dah buat promosi.. :)
    harap kita x terpengaruh :)

    BalasPadam
  5. Salam, mmg penyakit kat pasaraya dimana2 jua... payah nak
    cakap tokeynya bukan islam tau nak untung aje...

    BalasPadam
  6. Tersenyu lebar penjawat awam dapat bonus setengah bulan. Kena pada masanya dengan persiapan untuk hari Lebaran.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Selamat berpuasa untuk Tuan Tanah
    Semoga puasa kali diberkati olehNYA

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa

    BalasPadam
  9. tu la gayanya kita nih
    pose baru je raya dah sampai :)

    BalasPadam
  10. mmg laju diorg ambil peluang..hehe

    BalasPadam