Tanggungjawab Bapa Menunaikan Hak Anak



Hadis Nabi ada menyebut berkenaan tiga tanggungjawab seorang bapa kepada anak-anaknya yang akan di tuntut oleh anak-anak bila akhirat nanti.

PERTAMA :
Memberi dan memanggil nama yang baik pada anak. Anak-anak jangan dipanggil dengan nama yang tidak baik yang membawa maksud tidak elok. Di Akhirat kelak, anak akan berjumpa dengan bapa dan meminta menukar nama yang lain. Nabi juga berkata, nama tidak boleh ditukar di akhirat nanti.

KEDUA:
Seorang bapa perlu memberi didikan agama kepada anak-anaknya apabila anak berakal atau mumayiz. Berikan mereka ilmu berguna iaitu ilmu agama, thaharah, ibadat dan lain-lain. Kalau perlu, sehingga menjemput ustaz ke rumah untuk mengajarkan ilmu agama.

KETIGA:
Bapa bertanggungjawab menentukan bakal menantunya apabila sampai ketika anak-anak bakal berkahwin. Dalam budaya orang Melayu, kebiasaannya ibu yang menentukan bakal menantu, ayah mengikut saja.  Sepatutnya jika anak lelaki hendak kahwin, bapa perlu tengok calonnya dahulu. Bawa balik ke rumah kalau terpaksa. Begitu juga kalau anak perempuan nak kahwin, bapa kena tengok (siasat) siapa bakal menantu lelakinya.
Ada satu kisah, dalam zaman Saidina Umar satu ketika seorang sahabat mengadap Saidina Umar dan berkata, "Wahai Umar, anakku adalah seorang anak yang derhaka padaku". Saidina Umar berkata, "Bawalah anakmu kemari berjumpa denganku". Sebaik anak itu mengadap Saidina Umar, Saidina Umar bertanya kepada si anak, apakah kamu tidak tahu dosa jika menderhaka kepada orang tua mu. Si anak menjawab. Apakah tanggungjawab bapa? Saidina Umar menerangkan ada tiga tanggungjawab seorang bapa(seperti di atas).
Saidina Umar juga menambah yang KEEMPAT iaitu, seorang lelaki (bakal bapa) perlu lebih dulu memilih perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya nanti.

Si anak menjawab. Demi Allah keempat-empat tanggungjawab itu tiada pada bapa saya. Bapa saya tidak memilih perempuan yang baik menjadi isterinya. Bapanya memilih pelacur di sarang pelacuran. Bapa saya juga memberi nama yang membawa maksud "pelawak jantan". Bapa juga tidak memberitahu yang mana perkara wajib dan yang mana bukan. Bapa saya tidak kisah pun siapa pasangan saya. Dengan itu Saidina Umar berkata kepada bapa yang mengadu, kamulah yang sepatutnya dihukum bukan si anak, kerana kamu lebih dahulu derhaka kepada anak mu.
 
NOTA: Begitulah sekali beratnya tanggungjawab menjadi seorang bapa dalam menunaikan hak seorang anak. Semoga menjadi panduan kita dalam mengharungi kehidupan berumahtangga demi sebuah keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat, wallahua'lam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 29, 2012

11 Komen:

  1. InsyaAllah akan penuhi segala tuntutan yg telah dipertanggungjawabkan dalam menunaikan hak anak2 :)

    BalasPadam
  2. Tugas seorang bapak memang berat. Seorang bapak memang berperan sebagai pemimpin. Makanya Harus belajar menjadi pemimpin.

    BalasPadam
  3. mmg bsr tanggungjawab seorang lelaki sbnrnye.lagi2 dalam perihal mnjage ank2..

    BalasPadam
  4. assalam, mmg berat tanggungjawab bapa ni...

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana berkongsi

    BalasPadam
  6. Terima kasih tuan.

    Besarnya tanggungjawab seorang bapa. Harapnya saya dapat jadi bapa dan anak yang baik.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama29 Jun, 2012

    Alhamdulillah, bab mencari ibu yang baik telah selesai. Sekarang sedang menunggu anak je. Lepastu hak2 seterusnya terpikul dibahuku. Allahuakbar!

    BalasPadam
  8. muadahan sama2 kita dapat tunaikan tanggung jawab pada anak2 kita.

    BalasPadam
  9. Kalau ada anak perempuan lagi berat kena tanggung segala-galanya sehingga bersuami.

    BalasPadam
  10. mmg berat tanggungjawab bapa..

    BalasPadam
  11. salam
    moga2 kita sentiasa mendapat petunjuk
    amin

    BalasPadam