Semua orang tahu berkenaan dengan pelbagai jenis pelaburan yang ada
dalam sistem ekonomi global sekarang. Dalam pelbagai sistem dan bentuk
pelaburan yang kita pilih, pelaburan yang paling menguntungkan adalah yang
dicari-cari oleh setiap orang.
Bagaimana dengan anda yang mula berminat
hendak melibatkan diri anda dalam pelaburan emas? Mari kita ikuti soal
jawab di bawah sebelum kita mengambil keputusan untuk melabur dalam bentuk pelaburan emas.
Adakah pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?
Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.
Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai.
Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.
Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?
Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.
Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.
Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.
Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?
Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu.
Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.
Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.
Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?
Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama.
Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.
Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?
Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.
Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas.
Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.
Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.
NOTA : SOAL JAWAB di atas adalah hasil temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad Nazir mengenai tips pelaburan emas.
Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Jika mahu duit segera adalah berniaga kerana akan dapat aliran tunai.
BalasPadamNama pun melabur kan Bro
Padamdah tentu ambil masa kan?
apa pun perniagaan menjanjikan
cash flow yang lebih, itu pun
kalau jenis yang pelanggan tak
ambik dulu bayar kemudian..masak
juga nak rolling cash..he he
Assalamualaikum saudara,
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya, peringatan dan nasihat yang baik dalam rangka kita hendak terlibat dalam perlaburan emas. Terima kasih.
Pernah dengar pesanan dari Ustaz Zaharuddin, berhati-hatilah jika hendak terlibat dalam perniagaan emas kerana ianya sensitif kepada riba..
W_salam wbt
PadamSemoga saudara jua sihat
hendaknya..
Skang ni org sibuk beli gold bar yg mcm pohkong dok jual, cemana ngan pembayaran zakat tu?
BalasPadamElok sangat beli ketul emas tu
Padambab zakat kena semak pusat zakat
la ye :)
beli emas yang mak mertua tak nak je....Dpt diskaun skit...hehehehe
BalasPadamErmm..bijak-bijak
Padamcara terbaik membantu
keluarga kan..?
Assalam..
BalasPadamSaya terlibat dalam permainan harga emas dan jatuh kepada haram. Rasa menyesal sangat2 buka akaun emas tu. Nak buat pelaburan emas pun, dah jadi macam fobia sikit.
W_salam..
Padamermm..macam tu ke?
simpati, lain kali
kena lebih berhati2
buat survey dulu
sekarang banyak syarikat tawarkan emas pada harga rendah untuk dijadikan pelaburan. memang lebih baik beli emas fizikal....
Padambuat masa ni belum berpeluang utk membuat pelaburan emas lagiiii
BalasPadamsdah start wat pelaburan emas fizikal..tp x byk lgik sbb ade komitmen lain..huhu
BalasPadamsalah satu utk mengelakkan interest kad kredit ialah dgn memajakkan emas..setiap bulan kita akan bayar utk tebus emas itu.. :)
Bab kredit kad tu saya tak pernah tahu pula
Padamnak kena tanya orang lepas nih..mungkin
satu ada kegunaannya di saat memerlukan?
btul2..utk emergency..mana tau kot2 perlukan duit ker..
Padamsalam
BalasPadammemang kena cari ilmu untuk buat apa pun
jangan pula untung tiada rugi pula yang tiba
W_salam wbt
PadamSetuju tu Bro..
jangan sesuka main ikut
orang je kan..?