"Tidak akan wujud penerima jika tiada pemberi rasuah"
Lebih 900 individu yang didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah termasuk personaliti berprofil tinggi disenaraikan dalam laman web yang lengkap dengan gambar, data peribadi dan sejarah kes. Profil berkenaan yang diwujudkan pada 1 Januari 2010 sentiasa dikemas kini tetapi nama setiap pesalah akan dikeluarkan selepas tiga tahun.
Pesalah rasuah terdiri daripada ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan dan individu yang bekerja sendiri. Pangkalan data pesalah dalam versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang dipaparkan dalam portal rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bertujuan untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak menerima atau memberi rasuah.
Sejarah kes di kalangan setiap pesalah membabitkan tuduhan, hukuman, mahkamah, hakim perbicaraan, timbalan pendakwa raya dan peguam pembela. Carian boleh dilakukan berdasarkan nama atau nombor kad pengenalan pesalah. Status terkini sesuatu kes turut dinyatakan untuk menunjukkan sama ada individu yang didapati bersalah merayu terhadap hukuman tersebut.
Kira-kira 463 individu didapati bersalah tahun lalu termasuk mereka yang mengaku bersalah, berbanding 272 pada 2010. Pada Januari hingga Mei tahun ini, seramai 211 orang didapati bersalah. Jumlah mereka yang dipenjarakan tidak diketahui tetapi beliau berkata kira-kira RM10.9 juta bayaran denda diterima pada tahun lalu berbanding hanya RM9.5 juta pada 2010.
satu persatu akan disoallah begini..
BalasPadamUishh...pasti akan ada yg tidak duk diam ni nanti...
BalasPadambagus..bagus..baru lah telus. bagi teladan supaya kita lebih berintegriti.
BalasPadamassalam, semoga negara kita bebas rasuah..
BalasPadambru tahu sapa yg corrupt..
BalasPadamjgan hangat2 taik ayam je, buat separuh jalan :)
BalasPadamsalam
BalasPadampesalah jenayah yang lain ada dipaparkan di internet juga ke, bro?
maksudnya oleh jabatan / badan lain
Kesian pula bagi yang sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Kesan tempias juga diterima kepada ahli keluarga terdekat harap dapat dikaji semula penyenaraian nama persalah.
BalasPadambetultu betullah sesangat sangatnye
Padamkita sepatutnye berfikir dahulu sebelum bertindak
BalasPadam