SAPS | Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah



Ada di kalangan pelajar sekolah seringkali cuba menyembunyikan keputusan peperiksaan masing-masing daripada diketahui ibubapa, apabila mereka menerima keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Dan perkara ini memang kerapkali berlaku, sehingga ada pelajar  yang  sanggup menipu  tandatangan ibubapa. 

Jadi kini melalui sistem SAPS , para ibubapa atau penjaga pelajar boleh memantau sendiri kemajuan anak walau pun dari rumah. Para ibu bapa kini boleh menyemak sendiri slip keputusan peperiksaan pelajar melalui sistem Analisis Peperiksaan Sekolah  atau juga di kenali sebagai SAPS .

Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas. Manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas. Anda boleh melayari LINK ini untuk pergi ke sistem tersebut.

Tetapi jikalau difikirkan secara positif, sebenarnya kemudahan sistem SAPS ni sebenarnya menjadi agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa di samping membantu semua pelajar supaya sentiasa diberi perhatian demi masa depan yang lebih baik.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 16, 2012

5 Komen:

  1. konsep ini rasanya dh terbaik..jika ade 'feature' speti webcam..pastinya ibu bapa leh cek anak2 dtg kesekolah atau tidak..

    BalasPadam
  2. kome baru lepas tengok keputusan peperiksaan anak kome
    dah senang le ni, online belake :)

    BalasPadam
  3. Harap guru tidak dibebankan untuk mengadap depan komputer mengisi keputusan peperiksaan anak murid mereka kerana ia adalah kerja-kerja perkeranian.

    BalasPadam
  4. salam
    line internet sekolah selalu buat cikgu2 buang masa dengan sistem saps ni

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam