Keputusan Malaysia Vs Singapura 12-Jun-2012 (Video Jaringan)

Selepas terikat seri 2-2 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Jumaat lalu, skuad Malaysia mempamerkan aksi lebih mantap dengan melakukan serangan demi serangan untuk mencari gol awal perlawanan. Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Singapura 2-0 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa kedua di Stadium Shah Alam, Selasa, 12-Jun-2012.
 
 
Safee Sali yang sentiasa mantap gaya permainannya.
 

VIDEO JARINGAN GOL




Aksi separuh masa pertama menyaksikan skuad Harimau Malaya menguasai permainan bercorak serangan yang lebih pantas sentiasa mengganggu benteng pertahanan skuad Singapura. Akhirnya pada minit ke-18, tandukan Ahmad Shakir Md Ali berjaya menggegar gawang Singapura disertai sorakan gemuruh penonton di Stadium Shah Alam.

Pada minit ke-34 penjaga gol Singapura, Mohamed Hyrulnizam Jumaat sekali lagi diuji apabila sepakan percuma yang dilakukan kapten Malaysia, Safiq Rahim nyaris menghasilkan gol kedua. Sementara itu, pada babak kedua Singapura dilihat semakin tertekan, lebih-lebih lagi Harimau Malaya berjaya menambah satu lagi jaringan melalui sepakan percuma yang dilakukan Safiq minit ke-62.

Aksi kedua-dua pasukan semakin panas selepas pemain Singapura, Mustafic Fahrudin dilayangkan merah oleh pengadil dari Thailand, Teetichai kerana melakukan terjahan kasar ke atas pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha. Sehingga tamat permainan, keputusan kekal 2-0.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Jun 13, 2012

6 Komen:

  1. Baru puas hati! Tahniah Harimau Malaya! :D

    BalasPadam
  2. assalam, syabas, Malaysia!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama13 Jun, 2012

    OK LA. TAPI BELUM ADA STANDARD LAGI. KENA BYK BELAJAR DARI NEGARA EROPAH..

    WAK SINGGIN

    BalasPadam
  4. Sepakan Safik Rahim memukau. :-)

    BalasPadam
  5. salam
    memang gembira sakan bila harimau malaya dapat tundukkan sang singa
    ternyata kita lebih bagus berbanding mereka sekarang ini

    BalasPadam