Laman sosial di luar negara kecoh minggu ini dengan imej-imej dua ekor ikan jerung berenang, kononnya melalui tingkat bawah sebuah pusat membeli-belah yang popular di sebuah Pusat Sains di Kuwait.
Khabar angin mengenai pemangsa lapar ini berenang dalam bangunan yang ditenggelami air selepas tangki air besar runtuh dan mengakibatkan banjir di tingkat bawah pusat membeli belah itu. (Kiranya ala-ala macam Aquaria di Suria KLCC la nih).
Khabar angin mengenai pemangsa lapar ini berenang dalam bangunan yang ditenggelami air selepas tangki air besar runtuh dan mengakibatkan banjir di tingkat bawah pusat membeli belah itu. (Kiranya ala-ala macam Aquaria di Suria KLCC la nih).
Selepas beberapa variasi kisah yang lebih lucu mula menjalar ke dalam beberapa berita dan laman blog akhirnya lelaki di sebalik imej palsu tampil untuk memberitahu semua orang bahawa ianya adalah hanya gambar hasil Photoshop.
Jamie King, seorang pencipta pengiklanan yang berbakat besar, berkata beliau mencipta imej palsu selepas melihat gambar ruang legar membeli-belah yang baru-baru ini banjir di Royal Bank Toronto Kanada.
Kemahiran photoshop Jamie King jelas menakjubkan. Hasil kerja yang kemas dan bersih, dibanjiri dengan pujian selepas itu kerana teknik manipulasi air dari jauh bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
haha..nampak macam real..mmg kreatif!
BalasPadamphotoshop zzz
BalasPadameddiefadhli.blogspot.com
mmg dsyt skill die..
BalasPadamAssalam..
BalasPadamingatkan betul2 tadi...
fuhh..terror la.
peh, ingatkan betul-betul tadi..
BalasPadamHehehe...seb bek tak percaya terus wehhh....klu tK KOMPOM ADA YG KENA TIPU DAH...:)
BalasPadamterer betul mamat tu...tak nampak macam tipu
BalasPadamterer betol boleh jadi sifu dia ni
BalasPadamDI MANO NI
BalasPadam