Tiada kata secantik bahasa, nak saya gambarkan kegembiraan apabila disayangi oleh anak-anak. Tidak pernah menyambut sambutan Hari Bapa yang menjadi sambutan kebanyakan umat manusia di dunia ini pada tanggal 17 Mei setiap tahun. Tapi tahun ini ada kejutan nampaknya dari anak-anak tersayang.
Tersentuh sungguh rasanya saya bila mendapat kejutan ini dari anak-anak. Kad ucapan dan sebiji kek sebagai tanda ingatan mereka sempena Hari Bapa. Walau bukan kek kegemaran saya, nampaknya mereka membeli hasil dari wang yang disimpan melalui duit poket sekolah.
Saya tahu, walau bukan hari ini sahaja kasih sayang mereka pada saya. Tapi untuk melakukan kejutan sudah tentu hari tersebut adalah pilihan harinya. Setelah 16 tahun bergelar seorang bapa, saya akhirnya menyambut sambutan Hari Bapa 2012.
:D Selamat hari bapa!
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Sempena Sambutan Hari Bapa
mesti seronok sbb anak dah tahu raikan dan tunjuk kasing sayang mereka buat kali pertama
BalasPadamyg pertama mmg akan kekal dlm ingatan :)
Tahniah bro...tiada apa yg lebih membahagiakan dr kasih sayang anak2 dan keluarga...selamat hr bapa.
BalasPadamselamat hari bapa :)
BalasPadamSelamat Hari Bapa. Benar-benar kejutan sudah nih.:-)
BalasPadamsalam
BalasPadammoga2 semua bapa tenang dan sabar dalam mendidik anak2
rasanya kad ucapan tu lebih bermakna berbanding kek atau hadiah
Assalam..
BalasPadamSelamat hari bapa.
Wah, dah ada anak dara rupanya.
Selamat Hari Bapa bro!...mmg terharu kalau ada yang ingat,walaupun kita tak minta apa2 dari dorang.
BalasPadam