Dengan sekali lafaz akad nikah dalam Bahasa Inggeris, penyanyi Noorul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada seorang perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47 tahun.
Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.
Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp. Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun selepas perceraian dengan komposer terkenal Ajai, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000). Tahniah buat kedua mempelai, semoga pernikahan ini diberkati Allah dan kekal hingga akhir hayat.

salam
BalasPadamtahniah untuk mereka
moga kekal bahagia selamanya
tahniah. moga kekal ke akhir hayat.
BalasPadamp/s: boleh tahan ensem asben dia...itulah dinamakan JODOH. :)
Ermm..
Padamkalau dah JODOH..
Asam di gunung..
ikan di lautan..
Dalam kuali bertemu jua..
:)
Semoga nurul bahagia hendak nya
BalasPadammoga bahagia hingga ujung nyawa... (sweetkurma)
BalasPadamtahniah kepada nurul :)
BalasPadam