Gambar seorang gadis Vietnam berumur 9 tahun meraung "terlalu panas! terlalu panas!", sambil berlari bogel di jalanan ketika kampungnya dibakar tentera Amerika dengan bom api, akan sentiasa menjadi ikon Perang Amerika-Vietnam sampai bila-bila.
Jurugambar Associated Press (AP), Huynh Cong "Nick" yang mengambil imej hitam putih itu dianggap foto yang ikonik 40 tahun lalu menggambarkan kengerian Perang Vietnam tanpa kata-kata. Ianya berlaku pada 8 Jun, 1972, apabila Kim Phúc (kini 49 tahun) ketika itu bersama keluarganya yang berlindung di sekitar Kuil Cao Dai telah diserang.
Akibat dari kesan bom api tentera Amerika itu, pakaian kapas yang dipakainya terbakar dan beliau berlari dalam keadaan terkejut sambil berbogel. Beliau kemudiannya jatuh dan tidak sedarkan diri. Jurugambar AP Press yang berusia 21 tahun ketika itu, membawa Phúc ke sebuah hospital kecil.
Di sana, beliau diberitahu kanak-kanak itu tidak berpeluang untuk selamat kerana tubuhnya 30 peratus terbakar kecuali bahagian muka dan kepala. Beberapa hari selepas imej yang mengejutkan dunia itu tersiar, jurugambar itu mendapat khabar dari wartawan lain, budak tersebut telah terselamat tetapi mereka tidak lagi bertemu selepas itu.

Selepas pembedahan cantuman kulit dan pelbagai lagi pembedahan susulan, Phúc akhirnya dibenarkan pulang dan menjalani kehidupan normal. Satu ketika selepas itu, beliau juga diterima masuk ke sebuah sekolah perubatan dan menjalani kehidupan dengan pelbagai warna-warni. Kini selepas 40 tahun, Phúc, bahagia sebagai seorang ibu kepada dua orang anak dan suami yang tersayang.
ngeri ;(
BalasPadamtanggungjawab kita menjaga keamanan negara..
BalasPadamSalam Saudara Zulkbo,
BalasPadamKak Ani masih ingat gambar ni.
Dah dewasa orangnya dan cantik pulak tu. Kebesaran Allah.
panjang umur dia yek
BalasPadamp/s: Kumpulan Abang2 Keluar UMNO, Takbir 3x :)
Salam
BalasPadamSelamanya perang memang kejam
Tambah lagi bila berperang kerana berebutkan dunia
walaupun kesan terakar tu pulih tapi peristiwa itu pasti terpahat kekal di hatinya..
BalasPadamBom api? kena cai maklumat lagi kalau macam ni..mmg kejam dorang nih.
BalasPadamWalaupun peristiwa hitam tersebut telah lama berlalu ia tetap meninggalkan kesan memori pahit seumur hidup.
BalasPadamapa yang berlaku semasa kecil menjadi ingatan sampai bila-bila apatah lagi perkara ngeri macam nie..
BalasPadamAssalam..
BalasPadamMemang pengalaman berharga dalam hidupnya walaupun pahit untuk dikenang..
dalam duka ada bahagia..
BalasPadamkenangan yang begitu sukar untuk dilupakan...sangat2 berguna
BalasPadam