EURO 2012 | Keputusan Portugal 3 Denmark 2 | Kumpulan B



Kedudukan separuh masa pertama Portugal mendahului Denmark 2-1 di mana menyaksikan Portugal menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit.  Denmark pula kembali bangkit menjaringkan gol pertamanya lima minit selepas gol kedua Portugal jaringan Hélder Postiga pada minit ke-36.

Perlawanan kedua peringkat Kumpulan B bola sepak Euro 2012 berlangsung di Stadium Arena Lviv. Portugal memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi Kleper Pepe. Denmark beraksi tanpa mengalah dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-41 menerusi jaringan Nicklas Bendtner .

Gol kedua Denmark yang juga dijaringkan oleh Bendtner pada minit ke-80 perlawanan, menjadikan perlawanan semakin mendebarkan. Portugal yang meneruskan permainan cemerlang dan bertenaga mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol kemenangan  pada minit ke-87 menerusi Silvestre Varela.

Walaupun tumpas, pujian buat pasukan Denmark yang telah mempamerkan permainan berkualiti dan cemerlang dalam mengekang Portugal daripada menjaringkan lebih banyak gol. Keputusan penuh perlawanan kedua peringkat kumpulan B bola sepak Euro 2012 antara Denmark dan Portugal :

Denmark - 2 (Nicklas Bendtner 41', 80') ,
Portugal  - 3 (Pepe 24', Hélder Postiga 36', Silvestre Varela 87')



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Jun 14, 2012

8 Komen:

  1. Portugal always the best!

    BalasPadam
  2. kucar kacir portugal dibuat denmark :)

    BalasPadam
  3. assalam, minat jugak portugal....boleh juara kali ni

    BalasPadam
  4. Mula-mula Portugal akan lambat panas sekarang ini 3 gol sekali di bantai.

    BalasPadam
  5. bila menang baru abg2 minat blh blh tido dg aman heee yer tak bro

    BalasPadam
  6. mungkin bersama jerman utk mara.. :)

    BalasPadam
  7. salam
    dah nyaris2 dah portugal nak seri

    BalasPadam