Entry Blog PR 3 Tapi Blog Utama Hanya PR 2 Dari Google

Salam semua, sudah lebih 2 tahun blog ini aktif dalam penulisan blog. Walaupun bukannya sebuah blog yang popular tetapi cukup menghiburkan sebagai pengisi masa lapang saya. Tak perlulah saya bercadang untuk pergi memancing ikan di kolam-kolam ikan berbayar seperti rakan yang lain.

Jika dahulu nak dapatkan pembaca dalam 100 sehari pun bersengkang mata blogwalking merata blog. Tapi kini alhamdulillah, melalui carian enjin dan entry yang di ping di merata laman sosial berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1500 paparan halaman setiap hari.


Sekadar berkongsi berkenaan entry saya yang mendapat Page Rank 3 oleh Google ini, sedangkan blog utama saya hanyalah Page Rank 2 sahaja. Agak pelik juga kerana entry ini hanya memaparkan gambar-gambar yang saya copy paste hasil kutipan sumber Google juga.

Untuk pengetahuan semua, blog utama saya pernah mendapat PR 3 seawal saya menggunakan platform blogspot dengan nama zulkbo.blogspot, sehingga saya bertukar nama ke www.zulkbo.com, kembali ke PR sifar (0).

Hanya setelah Google kemaskini Page Rank blog 6 bulan selepas menggunakan nama domain yang baru, Google menganugerahkan blog ini dengan PR 2 dan bertahan sehingga kini, dan tidak naik-naik lagi PR nya.

Ramai yang sudah tidak memperdulikan tentang Page Rank blog lagi kini. Yang penting dapat kemasukan trafik blog tidak kira apa cara sekalipun, asal ianya mampu menjana pendapatan melalui iklan yang di paparkan di blog. 

Begitu juga saya, jika diikutkan apa yang Google nak bagi, memang tak jadi nak berblog "Life goes on" kata omputeh, asal ada trafik masuk dan menghasilkan sedikit ongkos (setidaknya lepas bayar bil broadband). Apa pula komen anda sebagai seorang blogger tegar?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 26, 2012

24 Komen:

  1. Dulu-dulu memang concern la pasal PR ni. Sekarang ni lebih gembira jikad dapat mengemaskini blog sekerap yang mungkin. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la saya bro..kalau dulu nak updated blog
      pun nak kena pilih time, terutama time orang
      banyak online, tapi kini kira masa yang betul
      sesuai, setelah selesai segala urusan yang penting
      baru cari ilham nak berkisah apa di blog :)

      Padam
  2. bro still on blogger platform kan? saya cadang nak tukar domain je ni..nt saya nak rujuk bro lah belajar seo ni..hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp..still blogspot, cuma nama ke gempak
      he he..RM35 setahun Cikgu berdomain dot.com?
      stay blogspot pun okey je sekarang, banyak
      blog blogspot yang mantop sekarang ni..contoh
      blog Bro Yastro online tu :)

      Padam
    2. yastro dah tukar domain yastro.net dah sekrg :)

      x cara sgt hal PR dah ni, setakat boleh bayar bil dan domian hosting ok dah, berblog sekadar hobi :)

      Padam
  3. Ramai blogger blogspot sudah mantap SEOnya hanya boleh domain boleh dapat trafik beribu-ribu lemond.

    BalasPadam
  4. blogspot skrg pun dah kira mantap dgn beberapa settings mudah yang baru...eca beli domain thun lalu,,sesaja nak nmpk hebat,,sesekali main seo,memang teruja tgk traffic dtg.hehehe :)

    BalasPadam
  5. Roger bro.. blog koi ntah kemana hilang nya RSS feed.. banyak tempat ping! blog tak dapat kesan.. koi biar jer.. tapi trafik paparan halaman tak jatuh lagi bawah 1k sehari..

    cer kalu aok ander info tentang nak dapat kan semula RSS feed aok kongsi sikit.. :)

    BalasPadam
  6. Janji ada masuk sikit ok dah tu zul :) Selamat maju jaya.

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Pantau jugak PR tu tapi yang penting ada trafik masuk.
    Itu pun dah cukup memuaskan hati...

    BalasPadam
  8. Susunan yg terbaik langkah kemas sunggguh bro kita ni

    BalasPadam
  9. Kita ikut sahaja,janji trafik masuk..sesekali pikir juga pasal pr nih he3..

    BalasPadam
  10. Saya pula mood berblogging dah terbang melayang dek kesibukan dunia realiti. Sebenarnya saya rindukan dunia blog ini tapi bak lagu xpdc.. semangat yang hilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada perasan juga Isza,
      dulu hari2 updated blog
      sekarang menyepi je kan?
      nak buat macam mana bila masa
      sibuk mengatasi segalanya..
      utamakan yang penting dahulu

      Padam
  11. salam..

    on off je ni berblog, skrg ni pun tgh fkr nk stop balik hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      laaa..nape nak stop?
      sesekali menulis je Maiyah
      boleh kan..?

      Padam
  12. w3c validator,pr @ snippets mcm ibarat objektif yg perlu dicapai..ttp x penting asalkan kepuasan berblogging tercapai.. :)

    BalasPadam
  13. salam
    memang payah untuk dikejar semua perkara dalam blog ni
    kena ambil satu dua yang lebih menggembirakan je

    BalasPadam
  14. Saya dari dulu sampai sekarang PR2 je bila nak naik PR3 entahlah kan

    BalasPadam
  15. Pr 3 entri...peh kirenya google bg anugerah terbaik dh tu kt entri tue bro...:), btw koi mmg bru tuka domain....bru seminggu je kot rasenye...sumer dh jd telo ayam...hehehe

    # ops...koi still guna blogspot lg....maleh nk tuka ke hosting..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opss..selamat ber WWW la weh..he he
      tapi best la ada dot NET belakang tu :)

      Padam
  16. wah mcm mn nak tau entry blog tue PR berapa ye?
    mmg diakui blogspot mesra seo dgn setting2 tertentu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semak je dengan PR checker
      yang selalu orang guna URLs
      entry tu Cik Tom..paling mudah
      gunakan plug in SEO Mozilla ada
      Google Crome pun ada,free je :)

      Padam
  17. Aku pun sama, dulu PR 2 bila tukar kepada dot com jatuh balik ke PR1 sampai sekrang. Tapi dah xconcern PR ni lebih kepada traffic...hehe

    BalasPadam