Di Saat Gerhana Bulan Gempa Bumi Melanda 4 Jun 2012

GERHANA BULAN 4 JUN 2012

 
Foto: BERNAMA

Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di Semporna, Sabah, malam Isnin. Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam.

Sementara Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu (6 Jun 2012) bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. 

GEMPA BUMI KUAT GEGAR SELATAN PULAU JAWA
 
Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Selatan Jawa, Indonesia pada 7.18 malam Isnin. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 185 kilometer di barat daya Sukabumi, Indonesia dan 1,117 kilometer tenggara Johor Baharu.

Sementara itu, di JAKARTA, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia melaporkan beberapa kawasan sekitar termasuk Bandung, Tasikmalaya, Bogor dan Jakarta Selatan turut merasai gegaran gempa tersebut. Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan.(BERNAMA)


RENUNGAN

Surah Yunus ayat 101 bermaksud:
"Katakanlah : Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi  peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman".

Surah Al-Baqarah ayat 164 maksudnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran".


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Jun 05, 2012

6 Komen:

  1. Cantik dan kagum melihat fenomena yang berlaku.

    BalasPadam
  2. semalam awan tebal...tak nampak bulan pun...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama05 Jun, 2012

    Akak tak perasan gerhana, asyik dok kesana kemari bawa keluarga yang datang dari kampong bersiar2.

    BalasPadam
  4. cuaca x beberapa baik..rugi x dpt tgk...

    BalasPadam
  5. salam
    macam2 fenomena alam yang berlaku
    semuanya untuk manusia yang mahu berfikir

    BalasPadam