Salam semua, berkuatkuasa hari ini 1 Jun 2012, Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 1950 yang kini dikenali Akta Keterangan (Pindaan) 2012, akan diguna pakai untuk mendakwa individu yang dianggap bertanggungjawab menyebarkan fitnah atau dakyah yang boleh mengganggu gugat kebajikan atau privasi orang lain. Antara Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:
> Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah menerbitkan kandungan itu.
> Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
> Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah menerbitkan kandungan itu.
> Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
BACA LANJUT DI SINI
NOTA : Buat rakan blogger semua, berhati-hatilah dengan penulisan dan komen anda semua selepas ini. Sebelum menulis atau komen, kaji selidik dulu fakta dan bukti sebenarnya. Akta ini akan digunakan pada semua pengguna yang mempunyai identiti di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter. Terlalu banyak penyebaran fitnah melalui laman siber kebelakangan ini, menjadikan Akta ini sedikit sebanyak mungkin membantu pihak yang kena fitnah mendapat pembelaan di mahkamah nanti.
Moralnya kena berhati2 bila sudah akta seumpama ini.
BalasPadamBukan menulis di blog je Yassin..
Padamkomen di Facebook, Twitter pun
di ambil kira juga lepas nih
Berhati-hatilah, fikir dahulu sebelum buat apa-apa komen..
BalasPadamBagus... at least orang suka menyebar fitnah akan di kenakan hukuman...
BalasPadamsalam
BalasPadammasing2 kena perhatikan dn ambil tanggung jawab
kalau tak mahu susah kemudian hari
Ades...mcm2lah sekarang nih <--- jgn kena saman dah lah dgn komen macam nih he3..
BalasPadamsebagai langkah terbaik utk amek tindakan kpd mana2 pihak yg x bertanggungjawab..
BalasPadamlepas nie sy kne lebih berhati2,,:)
makna tiada dah kebebas di dunia tanpa sempadan sekarang
BalasPadamassalam, t kasih atas maklumat...lagipun tak baik main2 fitnah ni...beso dosenye.
BalasPadamLepas ini komen-komen blog kena dapat kelulusan terlebih dahulu sebelum disiarkan. Kalau yang mempunyai banyak blog tentu letih untuk pantau komen-komen yang ditinggalkan. Diharapkan ada terguran dari SKMM tegur pemilik blog supaya membuang komen-komen yang tidak berkenaan sebelum mengambil tindakan. Perlu ada amaran sebelum tindakan drastik dilakukan seperti pendakwaan.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamKena lebih hati-hati ni,
takut jugak kena saman..
Hidup kena ikut peraturan negara selain peraturan Allah.
BalasPadambguslah..kita pon tahu bhya fitnah ni...
BalasPadamSatu lagi senjata yang boleh digunakan bagi menjatuhkan lawan. Alhamdulillah ia telah dilaksanakan dan akan ada nanti penyamar-penyamar atau pensabotaj yang menggunakan senjata baru ini.
BalasPadam