Akta Baru Pekerja Swasta Kini Bersara 60 Tahun Bermula 2013

Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuatkuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang. Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.


Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan. Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu.

Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan. Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula.

Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib. Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.

Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara. Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

NOTA: Kata orang, lamanya lagi nak menuju je usia 60 tu? Itupun kalau umur panjang kan? Kalau betul lah panjang umurnya sehingga ke usia 60, mulalah rasa, alamak dah nak pencen rupanya, entah berapa lama lagi boleh hidup? Ketika itu bekalan dah cukup ke? Bekalan nak menghabiskan sisa hidup dan bekalan di akhirat nanti?




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Jun 15, 2012

15 Komen:

  1. Ada baiknya boleh tambah caruman KWSP. Perlu juga kesihatan berkala dilakukan kerana sudah menjangkau 55 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau usia dah menjengah 40 an pun
      dah kena mula aktif bersenam..itu pun
      kalau tak mahu bila 50an sakit sini sana

      Padam
    2. Cuma selepas ini tentu akan ada pindaan akta untuk pengeluaran caruman KWSP. Perlu diselaraskan dengan umur persaraan yang baru.

      Padam
    3. For sure saya rasa Bro..
      lagipun perlu ada simpanan
      lain selain KWSP..tak boleh
      harap sangat duit tu..berapa
      sangat la kan..?

      Padam
    4. Jangan tunggu umur 40 baru nak mula bersenam.
      Nanti tak pasal-pasal sakit otot pulak.

      Padam
  2. Tapi rasa macam kurang produktif.. ye lah.. 60 tahun rasanya agak tua :)

    BalasPadam
  3. ...koi rasa tak dan 60, koi dah pencen...hehe :))

    BalasPadam
  4. Assalam..
    Bila fikir-fikir balik,
    kesian pulak keja sampai umur 60.
    Dah jadi tok wan pun,nak kena pi keja jugak..

    BalasPadam
  5. assalam, mmg pekerja yg sgt berpengalaman...tu yang pentingnya

    BalasPadam
  6. saya rasa saya tak mampu kerja dah bila sampai umur 60 - time nak buat amal ibadat dah tu...anak2 dah besar,cucu pun dah ada masa tu.

    BalasPadam
  7. perubahan yang derastis sekali.... umur 60 umur yang lumayan udahh tua..

    BalasPadam
  8. kalau bersara umur 60, elok sangat ada terma dan syarat kesihatan yg tip top dan kerja pengurusan mungkin tak da masalah besar. kalau kerja yg bahaya atau ditempat bahaya, harus sangat dipertimbangkan, maklumlah kemungkinan lebih mudah cuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Bro..
      perlu ada ayarat kesihatan
      mental dan jasmani jua..kecoh
      juga bila ada staff yang nyanyok
      nanti..mudah leka :)

      Padam
  9. salam
    datuk, anak dan cucu nak satu kereta ke tempat kerja
    hehe

    aku masih pilih untuk bersara awal

    BalasPadam
  10. banyak masalah pada majikan kalau pekerja pergi 60...ada yg besar kepala dan suka melawan..nak pecat tak boleh.. simpan melawan pula..sepatutnya 55 hingga 60 adalah kontrak sahaja..

    BalasPadam