Umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan sehingga 60 tahun berkuatkuasa Januari tahun depan berbanding 55 tahun sekarang. Mengikut Rang Undang-Undang Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam, majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai umur 60 tahun dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 jika berbuat demikian.
Bagaimanapun, pekerja boleh membuat pilihan untuk bersara lebih awal menerusi persetujuan dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif (CA) dengan majikan. Umur persaraan dalam kontrak yang dibuat sebelum, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa akta ini yang lebih rendah daripada umur persaraan minimum 60 tahun, terbatal dan digantikan dengan umur persaraan baru. Mana-mana terma dalam kontrak perkhidmatan berhubung umur persaraan juga terbatal jika bercanggah dengan akta itu.
Akta itu juga membenarkan pekerja yang dibersarakan lebih awal mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari daripada tarikh persaraan. Jika Ketua Pengarah berpuas hati aduan itu berasas, arahan boleh dikeluarkan kepada majikan untuk mengembalikan pekerja pada pekerjaan asal dan membayar semula tunggakan gaji bermula tarikh dibersarakan sehingga tarikh pengembalian semula.
Sebagai pilihan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan majikan membayar pampasan kepada pekerja itu tidak lebih daripada jumlah keseluruhan gaji yang sepatutnya diterima dari tarikh dibersarakan sehingga tarikh pekerja mencapai umur persaraan wajib. Sementara itu, rang undang-undang itu tidak terpakai bagi pekerja yang diambil secara tetap, sementara atau kontrak dan menerima emolumen kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
Ia juga tidak terpakai bagi pekerja dalam tempoh percubaan, bukan warga Malaysia, perkhidmatan domestik, pekerja yang tempoh kerjanya kurang daripada 70 peratus waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa dan pelajar yang bekerja secara kontrak untuk tempoh sementara. Pekerja yang bersara pada umur 55 tahun atau lebih sebelum penguatkuasaan rang undang-undang ini dan kembali bekerja selepas itu juga tidak tertakluk kepada akta itu.

NOTA: Kata orang, lamanya lagi nak menuju je usia 60 tu? Itupun kalau umur panjang kan? Kalau betul lah panjang umurnya sehingga ke usia 60, mulalah rasa, alamak dah nak pencen rupanya, entah berapa lama lagi boleh hidup? Ketika itu bekalan dah cukup ke? Bekalan nak menghabiskan sisa hidup dan bekalan di akhirat nanti?
Ada baiknya boleh tambah caruman KWSP. Perlu juga kesihatan berkala dilakukan kerana sudah menjangkau 55 tahun.
BalasPadamKalau usia dah menjengah 40 an pun
Padamdah kena mula aktif bersenam..itu pun
kalau tak mahu bila 50an sakit sini sana
Cuma selepas ini tentu akan ada pindaan akta untuk pengeluaran caruman KWSP. Perlu diselaraskan dengan umur persaraan yang baru.
PadamFor sure saya rasa Bro..
Padamlagipun perlu ada simpanan
lain selain KWSP..tak boleh
harap sangat duit tu..berapa
sangat la kan..?
Jangan tunggu umur 40 baru nak mula bersenam.
PadamNanti tak pasal-pasal sakit otot pulak.
Tapi rasa macam kurang produktif.. ye lah.. 60 tahun rasanya agak tua :)
BalasPadam...koi rasa tak dan 60, koi dah pencen...hehe :))
BalasPadamAssalam..
BalasPadamBila fikir-fikir balik,
kesian pulak keja sampai umur 60.
Dah jadi tok wan pun,nak kena pi keja jugak..
assalam, mmg pekerja yg sgt berpengalaman...tu yang pentingnya
BalasPadamsaya rasa saya tak mampu kerja dah bila sampai umur 60 - time nak buat amal ibadat dah tu...anak2 dah besar,cucu pun dah ada masa tu.
BalasPadamperubahan yang derastis sekali.... umur 60 umur yang lumayan udahh tua..
BalasPadamkalau bersara umur 60, elok sangat ada terma dan syarat kesihatan yg tip top dan kerja pengurusan mungkin tak da masalah besar. kalau kerja yg bahaya atau ditempat bahaya, harus sangat dipertimbangkan, maklumlah kemungkinan lebih mudah cuai.
BalasPadamSetuju Bro..
Padamperlu ada ayarat kesihatan
mental dan jasmani jua..kecoh
juga bila ada staff yang nyanyok
nanti..mudah leka :)
salam
BalasPadamdatuk, anak dan cucu nak satu kereta ke tempat kerja
hehe
aku masih pilih untuk bersara awal
banyak masalah pada majikan kalau pekerja pergi 60...ada yg besar kepala dan suka melawan..nak pecat tak boleh.. simpan melawan pula..sepatutnya 55 hingga 60 adalah kontrak sahaja..
BalasPadam