Video Dan Gambar Kemalangan Drag Race Himpunan Sejuta Belia 2012

Dalam kejadian kemalangan di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 itu, seramai 17 orang cedera dan empat daripadanya parah, apabila sebuah kereta peserta dalam perlumbaan tersebut terbabas sebelum melanggar penonton yang berada di luar kawasan perlumbaan.



Mangsa yang tercedera dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.

Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan manakala seorang lagi telah dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah. Video kejadian mendukacitakan ini berlaku pada acara Drag Race yang berlangsung sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Mei 28, 2012

12 Komen:

  1. Simpati buat mangsa dan keluarga mereka..harapan kecederaan tidaklah sehingga membawa maut dan cepat sembuh..banyak pengajaran kita dapat dari peristiwa ini

    BalasPadam
  2. di belakang apartment saya je

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama28 Mei, 2012

    keselamatan perlu diutamakan. program yg memang ramai orang datang nak tengok, mesti ada urusetia yang selalu mengingatkan penonton2.. terlalu dekat penonton dengan litar drag tu.. sepatutnya, ada urusetia yang bergerak meminta penonton berganjak ke belakang lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. penonton kene ptuh arahan urusetia..

      Padam
  4. Simpati berlaku kepada mangsa. :-(

    BalasPadam
  5. aspek keselamatan penonton perlu di utamakan...

    dengar cite, tiada penghadang jalan kat kawasan tepi2 tu

    BalasPadam
  6. salam takziah buat mereka..
    kejadian yang tak sepatutnya berlaku dlm kemeriahan menghitung kehadiran belia.

    BalasPadam
  7. salam
    moga2 mereka lekas sembuh
    memang banyak yang dapat diambil iktibar

    BalasPadam
  8. Suka2 akibat duka.....

    BalasPadam
  9. kereta model tahun berapa tu...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama30 Mei, 2012

    mangsa ada yang past away kan..kenapa perlu dirahsiakan??

    BalasPadam
  11. ena sweet31 Mei, 2012

    amat simpati kepada beliau...

    BalasPadam