Semak Senarai Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini mempamerkan senarai daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2012,  yang berkemungkinan besar adalah senarai terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka diadakan Jun ini seperti yang diperkatakan oleh pemerhati politik tanahair. Senarai itu akan dipamerkan di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari.





SPR dalam satu kenyataan memaklumkan senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat, Pejabat Pos Berkomputer (451), Kompleks/Pejabat Kerajaan (86), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124), Majlis Daerah/Perbandaran (48), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

  • Semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my 


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Rabu, Mei 02, 2012

11 Komen:

  1. Buat adik- adik yang pertama kali mengundi pada PRU kali ini, jangan lupa menyemak senarai nama anda dan pastikan ianya betul segala detail termasuk kawasan mengundi anda :)

    BalasPadam
  2. salam
    memang kena semak
    pastikan nama tersenarai dan kawasan mengundi juga tak tertukar

    BalasPadam
  3. Sudah boleh semak :D Yey!

    BalasPadam
  4. PRU akan dtg kali ke 3 dh kome mengundi :)

    BalasPadam
  5. Ramai yang dah tak sabar nak mengundi ni.., kerja dok semak jer.... :)

    BalasPadam
  6. Salam,
    Mujur dah semak daftar pengundi.. Pusat pembuangan undi kekal di tempat sama.. Tak sabar nak mengundi lagi tahun ni

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Saya tak pernah semak. Bapa mertua je yang rajin semak nama saya...hahaha, memang dasar malas...

    BalasPadam
  8. Sudah boleh buat semakan dimana tempat untuk mengundi. Bagi yang baru pertama kali membuang undi ia adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana setiap undi menentu hala tuju negara.

    BalasPadam
  9. dah semak..tempat lama Shah Alam..

    BalasPadam
  10. dah semak.. tahun nih nak mengundi, dulu tak dpt mengundi, dok dlm wad.

    BalasPadam