Pesawat Sukhoi Terhempas Di Indonesia : Gambar Lokasi

Pesawat buatan Rusia jenis Sukhoi Superjet 100 yang baru berlepas dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada 2.12 petang Rabu, dilaporkan hilang sekitar pukul 2.50 petang apabila ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara.

Sejurus sebelum itu juruterbang pesawat itu telah meminta izin dari menara kawalan udara untuk menurunkan pesawat itu dari ketinggian 10,000 kaki ke ketinggian 6,000 kaki, namun belum ada penjelasan mengapa juruterbang itu bertindak sedemikian.



Nasib 45 penumpang pesawat itu masih belum diketahui setelah pasukan penyelamat mengesan dari udara serpihan bangkai pesawat itu di tebing curam, Gunung Salak, Bogor, pagi Khamis. Lapan warganegara Rusia dari syarikat Sukhoi adalah antara penumpang pesawat itu selain warganegara Indonesia termasuk beberapa orang wartawan.(SUMBER)

Angka terbaru jumlah penumpang itu diumumkan oleh pihak berkuasa setelah syarikat ejen Sukhoi mengesahkan lima orang yang terdaftar dalam senarai 50 penumpangnya, tidak menaiki pesawat malang itu pada Rabu.

Belum dapat dipastikan sama ada kumpulan pertama pasukan penyelamat yang terdiri daripada 72 anggota telah sampai ke tempat kejadian lewat petang Khamis sebagaimana yang dijangkakan, namun cuaca gelap dan cerun curam menyulitkan usaha menyelamat.

Cuaca buruk dan kesukaran untuk sampai ke tebing curam tempat pesawat  terhempas pada Rabu, memaksa pasukan mencari dan menyelamat menunda operasi mengeluarkan mangsa nahas itu ke pagi Jumaat.

Ketua Penyelaras Badan SAR Nasional (Basarnas) Ketut Purwa berkata operasi terpaksa dihentikan petang Khamis akibat cuaca buruk dan akan disambung semula pada pukul 6 pagi esok (Jumaat).



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mei 11, 2012

19 Komen:

  1. bencana yg x dijangka
    moga ada yg terselamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam era serba moden dan canggih ni
      nahas pesawat masih lagi berlaku..
      kalau ada yang hidup pun kesian kat
      mereka..pasukan penyelamat lambat tiba :(

      Padam
  2. ...mula la cuak, baru nak terbang ni..huhu

    BalasPadam
  3. canggih tak leh nak lawan kuasa tuhan....


    seram plak rasa nak terbang pas ni........

    BalasPadam
  4. takziah kepada keluarga mangsa..

    Kita tidak boleh lawan kuasa Tuhan walaupun sepandai mana kita menghasilkan alatan yang canggih

    BalasPadam
  5. Takziah...

    Adoi, seram jugak nie nak naik flight...

    BalasPadam
  6. Menurut akhbar hari ini ada faktor kecuaian manusia kerana pesawat ini terbang pada altitud rendah.

    BalasPadam
  7. banyak kemalangan kapalterbang disebabkan kecuaian/kelalaian manusia.
    takziah utk keluarga2 mangsa.

    BalasPadam
  8. salam
    tengok gambar tu nampak sedikit je lagi nak lepas bukit

    BalasPadam
  9. harap keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan..

    BalasPadam
  10. berlanggar dengan bukit?
    bagaimana perasaan 5 orang yang xjadi naik flight tu ye..
    takziah diucapkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahmad dhani14 Mei, 2012

      bersyukur kerana umur nya masih panjang..

      Padam
  11. Tanpa Nama12 Mei, 2012

    mst 5 orang yg x naik tu bersyukur sgt2..pe2 pun smoga kluage mangsa tabah dgn dugaan ni

    BalasPadam
  12. sarmin sina13 Mei, 2012

    kta bdoa sja smoga mreka yg tkoban dmsukkn bsama2 org2 yg biman..takziah pda smua keluarga yg tkoban,smoga bsabar,angap sja apa yg tjadi adala ktentuan Allah..

    BalasPadam
  13. ahmad dhani14 Mei, 2012

    sudah takdir..tiada sesiapa boleh mengelak.

    BalasPadam
  14. TAKZIAH MOGA ROH MEREKA DI TEMPAT KAN BERSAMA ORG2 YG BERIMAN....TAKZIAH PADA SEMUA KELUARGA YG TERKORBAN

    BalasPadam
  15. ...ada kisah tersirat di sebaliknya.

    BalasPadam
  16. cmner leh terhempas ni..kesian dorang yg dlm pesawat ni

    BalasPadam