Mark Zuckerberg Berkahwin Dengan Priscilla Chan (Gambar)

Pengasas Facebook merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg 28 tahun, akhirnya mengemaskini status "berkahwin" pada laman Facebooknya menandakan beliau kini telah berkahwin. Zuckerberg dan pasangannya, Priscilla Chan yang berusia 27 tahun itu berkahwin pada satu upacara kecil di rumahnya Palo Alto, California, Amerika Syarikat.


 
Foto: AP
 

Pasangan itu bertemu di Harvard dan telah bersama selama lebih daripada sembilan tahun, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Majlis yang dihadiri kira-kira 100 orang itu turut dianggap majlis meraikan graduasi Priscilla di universiti. Priscilla Chan adalah graduan dari sekolah perubatan di Universiti California, San Francisco.

Zuckerberg masih merupakan pemegang saham terbesar Facebook yang baru disenaraikan di pasaran saham Wall Street minggu lalu,  berjumlah 503.6 juta saham di mana Zuckerberg memegang sebanyak 56 peratus. Zuckerberg mencipta  Facebook sewaktu belajar di Harvard tahun 2004. Beliau pernah mendapat gelaran oleh majalah Time's "Person of the Year in 2010", sewaktu berusia 26 tahun dan antara orang yang terkaya di dunia menurut FORBES.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mei 20, 2012

7 Komen:

  1. sempoi dan sederhana je
    org kita x berduit pun buat kawin grand2 :)

    BalasPadam
  2. Kesederhaan beliau didalam hal kehidupan menjadi bualan ramai.

    BalasPadam
  3. ...Mark benar-benar mencetus fenomena.

    BalasPadam
  4. org kaya sambut simple2 jer..

    BalasPadam
  5. Salam
    Aik, tak buat majlis besar2an ke?
    ...orang bijak selalunya bertindak bijak

    BalasPadam
  6. beliau semakin hebat dan lebih genius buat mcm ni.

    BalasPadam