Layari Web Agama Lebih Mudah Kena Virus Berbanding Web Lucah

Pelayar laman web akan lebih cenderung untuk mendapat virus pada komputer mereka dengan melawat laman web agama daripada melayari laman web lucah, menurut kajian yang dikeluarkan oleh syarikat perisian anti virus Symantec.

"Drive-by attacks" di mana penggodam memasang ranjau "booby-trap" di laman-laman web yang sah dengan kod tertentu yang  berniat jahat, menurut syarikat anti virus dari Amerika, Symantec dalam Laporan Ancaman Internet Security mereka.

Laman web dengan tema keagamaan atau ideologi telah didapati mempunyai tiga kali ganda bilangan purata "ancaman" berbanding dengan laman web yang memaparkan kandungan dewasa contohnya laman web berunsur lucah.



"Ia adalah menarik untuk diambil perhatian, bahawa laman-laman web yang menganjurkan kandungan dewasa atau lucah dan di kedudukan 5 teratas carian, tetapi berada di kedudukan 10 dari segi ancaman malwares atau virus. Kami mengandaikan  bahawa, ini adalah kerana pemilik laman web lucah yang sudah membuat wang dari Internet dan mempunyai kepentingan dalam memastikan laman web mereka bebas virus dan malwares".- SUMBER

Laporan itu berdasarkan maklumat berkumpul tahun lepas oleh Rangkaian Perisikan Global Symantec, yang memantau aktiviti serangan siber di lebih 200 buah negara melalui perkhidmatan dan sensor mereka. Symantec berkata bahawa ia telah menyekat 5.5 bilion serangan pada tahun 2011 dalam peningkatan sebanyak 81 peratus daripada tahun sebelumnya.

Selaras dengan trend terkini yang dilihat oleh firma-firma keselamatan Internet yang lain, Symantec juga melaporkan peningkatan dalam "hacks" terhadap telefon pintar dan komputer tablet di seluruh dunia. Serangan virus dan malwares juga disasarkan kepada pekerja dalam syarikat atau agensi yang berasaskan sektor kerajaan.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Mei 08, 2012

14 Komen:

  1. wow ... macam tu sekali keadaanya

    BalasPadam
  2. Salam sdra, moga sihat hendaknya...

    Terbukti bahawa kebanyakan manusia tidak menyukai perkara yang mengarah kepada kebaikan

    BalasPadam
  3. ..apakah ada hidden agenda...??

    BalasPadam
  4. camtu pulak...memacam...

    BalasPadam
  5. assalam, satu usaha menghalang manusia mendekati Tuhan-NYA

    BalasPadam
  6. hmmmm betul lah
    sbb ade blog agama sahabat ni selalu sgt kena virus la, malware la
    baru perasan
    macam ade satu agenda disebalik ni semua

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama08 Mei, 2012

    Yang haram jugak di sokong!!!

    BalasPadam
  8. salam

    y haram mmg cepatlah....

    p/s: terperasan tadi di google, siap keluar sinopsis entri di bawah tajuk, hebat... setting mana tu yea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam..
      ermm..selalu begitulah yang baik
      cuba di rosakkan..yang tak baik juga
      menjadi ikutan dan idola..

      bab setting tu saya guna standard
      dari blogspot je..semua dah sedia
      ada di "setting"

      Padam
  9. Memang betul apa yang ditulis oleh bro Zulkbo baik layari laman agama dapat meningkat pengetahun dan keimanan. :-)

    BalasPadam
  10. kita sebarkan cara len pula..fb, twitter pon boleh juga.. :)

    BalasPadam
  11. Assalam..
    Jalan ke arah kebaikan memang nampak sempit dan penuh dengan cabaran..

    BalasPadam
  12. salam
    memang banyak dugaan dalam membuat kebaikan

    BalasPadam
  13. Semoga dipermudahkan oleh ALLAH.

    BalasPadam