Mengambil kesempatan cuti sekolah selama 2 minggu bermula hari Sabtu 26 Mei lepas, Mrs dan anak-anak tanpa saya, seperti kebiasaan akan pulang ke Kedah menziarahi keluarga mertua saya di sana. Sebagai seorang guru, cuti Mrs saya memang tak sama dengan saya yang bekerja di syarikat swasta.
Kami dah biasa berpisah tak kala cuti sekolah sebegini. Sesekali berjauhan dengan keluarga memang terasa rindunya. Kena pula tinggal sendirian, semua perkara nak kena buat sendiri macam zaman bujang dahulu. Dari mengemas rumah sehingga ke masak apa yang patut untuk mengisi perut sendiri (saya kurang suka makan di luar).
Seperti yang di rancang sebelum cuti sekolah tempohari, anak lelaki saya yang seorang ini (7 tahun) akan dikhatankan. Tiadalah seperti zaman saya berkhatan dahulu, sewaktu darjah 4, saya bersama abang saya dikhatankan sekali besama 28 orang kanak-kanak sekampung yang lainnya. Kami dikhatankan oleh pembantu perubatan setempat waktu itu, dalam satu majlis yang penuh meriah.
Semalam 30 Mei 2012, tarikh bersejarah dalam hidup anak lelaki saya Zul' Khair Ilhami, telah selamat dikhatankan di sebuah klinik swasta di Alor Setar, Kedah menggunakan kaedah Klamp. Kaedah ini dikatakan antara kaedah paling moden dan kurang sakit. Begitulah, yang dikhabarkan oleh Mrs saya, Ilham langsung tidak menangis atau menunjukkan reaksi takut semasa proses khatan tersebut.
KAEDAH KLAMP
Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terkini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya klamp itu akan jatuh sendiri dan ini lebih memudahkan urusan.

Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.
Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkhatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.(SUMBER)

INFO TENTANG KHATAN
Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' sejak zaman Nabi Ibrahim A.S.
Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.
Berkhatan adalah sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, yakni umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.
Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara. Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya.

NOTA: Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses mengkhatankan anak lelaki saya semalam. Ali Hafifi, (adik ipar) yang banyak membantu mengambil alih tempat saya. Tak lupa buat Mrs saya yang dicintai, seorang isteri yang tabah dan sentiasa berdikari :)
assalam, anak ayah mesti steady, semoga cepat sembuh...
BalasPadamCepat sembuh ya Ilham...
BalasPadamWah sudah boleh mengorat awek dah. :-)
BalasPadamTahniah! Selangkah ke alam dewasa! :D
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Harga Samsung Galaxy SIII (S3) Diumumkan
slm en.zul...
BalasPadammoga sihat2 hendaknya...
dah dewasa dah.... ;)
semoga cpt sembuh.....
tahniah adik ilham.. ada pengalaman jaga 2 orang adik masa diorang berkhatan dulu. seminggu je sembuh.
BalasPadamAssalam..
BalasPadamWahh, dah besar dah..
dah boleh duduk saf depan la nanti..
steady Ilham
BalasPadamsekarang kamu sudah jadi lelaki kacak tu :)
Selamat memasuki kealam org dewasa yak :)
BalasPadamselamat bersunat !
BalasPadamwah..tahniah kepada ilham :)
BalasPadamkejup ja nih semboh....ley kawen trus..ehheheheh...*mengarot
BalasPadamHahaha... teringat dulu2 sunat cara manual... Perrhh~ Bestnyer tidak terhingga :)
BalasPadamOwh sekarang dah lain cara nya..yg jahit lagi best kot,sebab ada benang yg tersimpul bawah anu...he3..
BalasPadamsalam
BalasPadamtahniah2
budak2 sekarang memang berani
mereka dah dapat banyak maklumat dan dah tahu apa yg akan dilakukan