Kementerian Kesihatan sedang memantau semua pintu masuk serta pasaran bagi memastikan kobis import yang dijual di negara ini tidak mengandungi formaldehid. Pada 2010 hingga 2011, kementerian menganalisis 6,477 sampel yang terdapat pada ikan bagi memantau paras formaldehid dan mendapati ia berada pada paras 0.02ppm hingga 92.3ppm. Kementerian yang sentiasa peka serta prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam pengguna, memberi jaminan keselamatan dan kualiti makanan di negara ini adalah pada tahap terkawal.
Kementerian mengambil maklum laporan laman sesawang www.chinapost.com.tw bertarikh 8 Mei mengenai penahanan beberapa penjual kobis di China kerana didapati menyembur formaldehid pada tanaman itu. Sehingga hari ini, kementerian telah menjalankan analisis terhadap 24 sampel sayur-sayuran termasuk kobis bagi mengesan kandungan formeldehid, namun tiada sebarang kesan kandungan formaldehid pada semua sampel tersebut. Merujuk kepada data import daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia bagi tahun 2010 sehingga April 2012, sejumlah 47 tan metrik kobis bernilai kira-kira RM43 juta telah diimport dari China. SUMBER
Formaldehid atau formalin (ada yang pangggil ubat tahan mayat), adalah sejenis bahan kimia yang digunakan bagi memastikan sayuran atau ikan sentiasa segar sepanjang perjalanan sebelum dipasarkan ke negara pengimport. Formaldehid boleh menyebabkan kesan keradangan pada kulit, masalah pernafasan serta penghadaman sekiranya seseorang itu terdedah kepada bahan kimia tersebut secara berlebihan.
Meskipun dalam jumlah kecil, dalam jangka panjang formalin boleh mengakibatkan banyak gangguan organ tubuh. Apabila termakan dalam jangka lama maka akan menimbulkan sakit kepala, gangguan sakit kepala, gangguan pernafasan, batuk-batuk, luka pada ginjal dan pada-paru. Gangguan otak, mengakibatkan efek neuropsikologis meliputi gangguan tidur, cepat marah, gangguan emosi, keseimbangan terganggu, kehilangan konsentrasi dan daya ingat berkurang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan dianggap melakukan kesalahan. Mereka yang didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
NOTA: Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan kementerian melalui laman sesawang fsq.moh.gov.my.
NOTA: Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan kementerian melalui laman sesawang fsq.moh.gov.my.
Assalam..
BalasPadamBahaya jugak ni kalau makan dalam tempoh yg lama..
tapi kat ikan tu, kita tak dapat nak elak melainkan kita tangkap ikan sendiri.
Nelayan laut dalam selalu guna benda ni sebelum ikan tu sampai darat...
assalam, berhati2 ila nak beli sesuatu, kena tahu maklumat spt ini supaya tidak membahayakan kesihatan,,,
BalasPadamSusah hati pulak kita. Tavu jerlah kobis ni selain dimakan setelah dimasak dimakan juga secara menta. Terutama yang suka buat ulam kobis dan makan dgb burger.
BalasPadamHmm.. Semakin menakutkan! Mungkin ada baiknya kita rajinkan diri menanam sayuran dikawasan rumah!
BalasPadamPost Terbaharu Saya - Harga Nokia Lumia 610 Diumumkan
walaupun murah tp kebykkan produk china bermasalah..
BalasPadamMcm2 skang ni, tp dl2 pon mmg dh digunakan, Cuma skang ni org lebih bijak....
BalasPadamSalam
BalasPadamMungkin kita perlukan satu alat yang senang dibawa untuk memeriksa kandungan bahan bahaya ni
Senang nak periksa makanan yang nak dibeli
Hendak untung cepat punya pasal tidak kisah orang lain yang merana. :-(
BalasPadamsemua makanan dah x selamat
BalasPadamkena buat kebun belakang rumah la plak :)
Makan racun ajelah kita nie... Nak sihat.. Lain pula jadi... :(
BalasPadam