Debat PTPTN Khairy Jamaluddin Dan Rafizi PKR : 3 Mei 2011 (LIVE)

Ini baru anak jantan, berkokok bukan sebarangan, tetapi berkokok dengan fakta yang munasabah bakal dibawa di pentas debat nanti. Pemerhati akan mengadili siapa yang yang benar-benar memperjuangkan isu yang sebenar demi kepentingan semua dan negara amnya.


Debat PTPTN antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Khamis ini, 3 Mei 2011. Diharapkan forum ini nanti  bakal menghasilkan input menarik untuk orang ramai khususnya kumpulan sasar.

Debat bertemakan "Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan berlangsung secara LIVE di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7 di Shah Alam, jam 8 malam.

Mengambil kira ciri debat itu sendiri, sebanyak 3,000 kerusi disediakan penganjur. Masing-masing 1,000 kerusi dikhususkan kepada pengikut dan penyokong Khairy dan Rafizi manakala baki 1,000 untuk orang ramai.

Penganjur berharap hadirin akan datang awal untuk mendapatkan tempat duduk dalam dewan. Bagi hadirin beragama Islam, ada kemudahan surau untuk mereka menunaikan solat Maghrib dan Isyak nanti, jadi diharap datang awal.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 03, 2012

11 Komen:

  1. Saya mengharapkan tindakan susulan selepas debat bukan setakat debat kosong tiada tindakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Bro..
      bukan cakap tong kosong je
      lepas itu menang jadi arang
      kalah jadi abu..tak juga juga

      Padam
  2. harap debat dengan input yang berkualiti..
    bukan sekadar permaianan "politik kotor"...
    hehhehee

    BalasPadam
  3. barulah kacak macam ni.
    Harap2 ada input baru.
    Jumpa titik persamaan.
    Takmo gaduh2 lagi pas ni.

    BalasPadam
  4. semoga semua mendapat kebaikan dari debat ini..

    BalasPadam
  5. takde siar kat tv ker...

    BalasPadam
  6. live streaming xde ker?

    BalasPadam
  7. salam
    ada rezeki nanti dapat tengok kat internet
    kalau tak ada, nak buat macam mana

    harap2 banyak maklumat berguna untuk semua

    BalasPadam
  8. harap debat menggunakan isi dan fakta yg kukuh..x yah nk kaitakn degn mana2 pihak..tumpu pada stau isu shja..

    BalasPadam
  9. Assalam..
    Best juga kalau ada di tv.

    BalasPadam
  10. Debat terbuka PTPTN anjuran Sinar Harian yang sepatutnya berlangsung 3-Mei-2012 telah ditangguhkan ke 22-Mei.Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd. Jalil Ali berkata, pertemuan antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan diadakan pada satu tarikh lain.(Sumber: SINAR)

    BalasPadam