Salam semua, ermm.., sedih dan sakit hati pun ada hari ini bila video yang dibuat susah-susah dengan menulis lirik arab dalam tulisan rumi agar mudah dibaca oleh mereka yang kurang arif membaca tulisan jawi telah diban oleh You Tube semalam. Ini yang keluar pagi ini bila saya ke You Tube :
"Mawlaya - Maher Zain..."
This video is no longer available due to
a copyright claim by Awakening Worldwide LTD.
Sorry about that.
Dan ini pula email yang saya dapat dari pihak You Tube berkenaan video tersebut serta pelbagai amaran di dalamnya. Sedihnya bukan apa, saya pun bukan selalu memuat naik video ke You Tube, cuma apabila ada lagu-lagu dakwah yang menarik dan berilmu, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan pembaca blog saya.
Sebelum ini saya merasakan, dengan cara mengolah video sendiri dan dimuat naik ke You Tube, satu cara yang lebih profesional seorang blogger apabila menulis berkenaan sesebuah lagu yang mungkin dicari oleh pembaca melalui carian di enjin carian. Rasanya, tak semua orang terus membuat carian di You Tube kan?
Sekarang saya terpaksa menerima hakikat, dengan akta hakcipta yang semakin ketat sekarang ini, hanya dengan cara menyanyikan lagu sendiri sahaja baru boleh di muat naik ke You Tube. Jika tidak, anda telah melanggar undang-undang hak cipta yang telah diluluskan parlimen US tempohari.
Risau juga saya, bila dalam amaran tersebut ada di nyatakan. "Berfikir dahulu sebelum anda membuat rayuan, kerana anda boleh di saman..bla bla bla.." Ermm, baik jangan rayu lah, hanya pendamkan sahaja perasaan GERAM, SAKIT HATI dan SEDIH, bila video ini diban You Tube.
oh... tak tau nak hilangkan sakit hati zulkbo camana. tapi moga segera hilang rasa tersebut... tunggu zulkbo nyanyi dan upload lah pulak
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Saya pun pernah mengolah video dengan berlatar belakangkan lagu Yanni, dan selepas upload saya pun dapat warning seperti yang saudara dapat. Lepas tu tak buat dah...:)
W_salam..
PadamAlhamdulillah..saya sihat, harapan saya,
saudara pun begitu jua..ermm..berpengalaman
yang sama juga saudara ye..?apa pun terima
kasih berkongsi pengalaman anda itu :)
Salam maknanya perkara tersebut ada hak ciptanya karang sesajer aok kena ambil tindakan dan menyusahkan pihak mereka juga, jadi jalan mudahnya di ban kan aje perkara tersebut. :(
BalasPadamT&C youtube sekarang ni makin ketat...
BalasPadamsalah yer..walaupun bukan untuk tujuan komersil.
BalasPadamSalam
BalasPadamTerpaksa terima sahaja
Nak buat guano...
Mulai hari ni kena la cipta lagu dan nyanyi sendiri
Kalau bukan milik kita, terima sahaja hakikatnya..
BalasPadamsabar je lah ye...
BalasPadamhttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/second-day-during-holiday.html
YouTube adalah milik Google. Nasib baik tidak dibankan oleh pihak Gogole lagi haru apabila blog turun kena ban. Berhati-hati dimasa akan datang.
BalasPadamTerima kasih nasihat anda tu Bro..
Padamsaya kan lebih berhati-hati selepas ini
assalam, semoga menjadi pedoman utk kita semua....selama inipun tak tahu macam tu pulak.
BalasPadamSatu perkembangan yang baik juga. Bila dilihat dari sudut positif mungkin ia akan lebih membuatkan kita kreatif. Nyanyi sendiri dengan mengetuk baldi dan hantar ke youtube..
BalasPadamsmlm ada degar lagu maher zain kt youtube heee tapi tak smeua lagu tu MZ, hanya gambar masa nak klik ada MZ tpi bila play sekli iklan KFC.
BalasPadamKENAPA JADI BEGITU EK?
Mak aihh...tapi yg org len dok tiru dan berlambak2 lagi tu tak lak kena ban yekk....wat nyaya je...x pe la bro...kire bukan rezeki aok je la tu
BalasPadamwahh..kena ban gak rupanya..
BalasPadamkena warning pernah juga... kalau boleh lagu2 yang malaysia nih memang ketat macam kru tuh ..lagilah.
BalasPadam