Pemain tengah Livorno, Piermario Morosini , mengalami serangan jantung pada separuh masa pertama perlawanan division kedua di Pescara. Beliau tiba-tiba rebah dan telah dirawat di padang sebelum dibawa pergi oleh ambulan ke hospital Civile Santo Spirito di Pescara. Tetapi bekas pemain Kebangsaan Itali Bawah-21, ini kemudiannya disahkan meninggal dunia.
Kematian Morosini , pemain yang mempunyai kisah hidup yang dibelenggu oleh beberapa siri tragedi. Berusia 25 tahun, sejarah hidup keluarganya yang tragis yang menyaksikan ibu bapa Morosini mati semasa beliau masih seorang remaja. Tidak lama kemudian, saudaranya yang kurang upaya pula membunuh diri. Beliau akhirnya dipelihara oleh kakak yang lebih tua, tetapi juga seorang yang kurang upaya.
Kematian Morosini hanya hampir sebulan selepas pemain tengah Bolton Wanderers, Fabrice Muamba mengalami serangan jantung semasa perlawanan suku akhir Piala FA pasukannya menentang Tottenham, yang menyebabkan arahan untuk pemeriksaan perubatan yang lebih ketat ke atas setiap pemain bola sepak.
Pengurus Besar Persekutuan Bola Sepak Itali, Antonello Valentini memberi maklum balas kepada tragedi Sabtu itu dengan menggantung semua baki perlawanan bola sepak hujung minggu, bermula dengan Serie A perlawanan antara AC Milan dan Genoa, walau ada pihak yang kurang berpuas hati.
Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Petrucci kemudiannya menjemput semua Persekutuan Sukan Itali mematuhi seminit bertafakur sebagai penghormatan kepada mendiang Morosini. Presiden FIFA, Sepp Blatter adalah diantara mereka untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Morosini.
meninggal saat mengembang tugas, sungguh tragis dan memilukan
BalasPadamsemoga amalan ibadahnya diterima oleh Sang Maha Kuasa dan diampuni semua dosa2nya
terima kasih atas infonya
kisah hidup yg menyedihkan
BalasPadamajal x mengenal siapa
tua ke muda, tgh main bola pun mati
P/s: pengajaran utk kita, beringatlah, maut sentiasa menanti kita, jadi penuhilah masa dgn beribadah kpd Allah
assalam , dah ajal kat padang nak buat mcmmn? pelik jugak ya...pemain yang sentiasa bersenam blh kena serangan jantung?
BalasPadamselalu juga dengan sekarang kes macam ni ya
BalasPadambahaya ad dimana-mana... kena hati2 tak kira dimana kita berada...
BalasPadamSalam Zul, begitulah kita ini bila sudah cukup bilangannya. Semoga menjadi pedoman buat bersama, bahawasenya kehidupan ini hanya sementara.
BalasPadamSallam En zul,
BalasPadamDah ajal dia dipadang,
nak buat gone..
kuasa yg masa Esa..sesihat mana pun, klu dia nak amik nyawa, sekelip mata je.
BalasPadamkini padang bola ditinggalkan....Jangan kubunya di padang bola dahla...
BalasPadamMakin ramai lak pemain2 bola mati mengejut mcm nih...baru je rakan blogger si apan kongsi 30 pemain yg mati dipadang...
BalasPadamSalam
BalasPadamBersukan untuk menjaga kesihatan nampaknya tak boleh nak dipakai lagi
kematian tidak mengira tempat..mmg kene beringat selalu..
BalasPadamkisah kehidupan yang sangat menyedihkan dan berliku-liku sekali.
BalasPadamajal seseorang tidak pernah tau,dia sangat hebat meninggal dalam manjalankan tugasnya.
BalasPadamsungguh kematian tragis tapi itulah ajal tidak ada yang tau.
BalasPadamhebat sekali.....
BalasPadamsungguh tragis tapi hebat sekali.
BalasPadam