Terkini Gambar Sekitar BERSIH 3.0 28-April-2012

Penyokong BERSIH 3.0 dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang oleh penganjur, tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "Duduk Bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan. Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.(Malaysiakini)

Beliau juga menjelaskan, polis telah mendapatkan perintah menghalang perhimpunan "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka 28-April oleh mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan awam memandangkan penganjur sebelum ini didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.

Sebelum itu, Gabungan NGO yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan Duduk Bantah 28-April, tetapi akan menghormati dan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.
 

 
FOTO: isu-hangat.blogspot

LAGI GAMBAR MENYUSUL.......


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, April 28, 2012

7 Komen:

  1. Ibu Mifzal mereka ni perasan dapat sokongan majoriti rakyat dan pereka perasan akan menang PRU13.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka x mewakili saya..dan kesemua rakyat malaysia..

      sy x suka demo2 ni..

      Padam
  2. Salam
    Minta2 la tak ada sebarang kekacauan
    Semua akan susah nanti

    BalasPadam
  3. Ya Allah. Ramainya orang. Nak berita Bersih 3.0 lagi.

    BalasPadam
  4. Harap-harap ia tidak merobek keamanan dikawasan yang terlibat.

    BalasPadam