Penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) Dan Durian Runtuh Peneroka

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memberi jaminan kepada seramai 112,635 peneroka di semua tanah rancangan agensi itu akan mendapat durian runtuh berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), yang dijadual pada Jun 2012 nanti.


Menurut Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA, Faizoull Ahmad berkata, agensi itu akan berlaku adil kepada semua peneroka walaupun ada segelintir yang menolak penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia. Beliau berkata pihaknya menyedari peneroka terbabit menolak kerana terlampau taksub dengan hasutan pembangkang yang ingin menggagalkan usaha kerajaan bagi kemajuan masa depan mereka.

Faizoull berkata FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa Malaysia walaupun terdapat halangan daripada segelintir peneroka. Beliau kesal dengan sikap golongan itu yang bertindak membelakangkan kepentingan hak warga FELDA di seluruh negara,walau sejak awal lagi FELDA sudah menjelaskan usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap agensi itu tanpa sedikitpun menjejaskan masa depan peneroka.
 
CARA BELI SAHAM FELDA
"Kita akan tetap mengagihkan habuan yang dianggap durian runtuh terbesar dalam sejarah FELDA itu kepada peneroka secara adil untuk semua dalam dua fasa, termasuk fasa pertama Mei depan manakala fasa kedua pada Julai nanti.

"Mereka akan terkejut menerima durian runtuh seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jumlah masih dirahsiakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 1 dekat sini hari ini.

"Kita sudah menjelaskan perkara itu ke seluruh rancangan tanah agensi ini dan hasilnya amat membanggakan apabila keseluruhan peneroka menerima dengan hati terbuka penyenaraian FGVH," katanya.

"Kita tidak akan mengambil seinci tanah daripada peneroka, sebaliknya penyenaraian FGVH itu hanya membabitkan aset Felda Plantation, tetapi yang menerima faedahnya, kumpulan sasar terbabit.

"Ada segelintir peneroka yang menolak penyenaraian itu kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang ada kepentingan politik tanpa memikirkan halangan itu merugikan masa depannya," katanya. (BERNAMA)

NOTA: Saya sendiri sebagai generasi kedua FELDA memang mendengar khabar angin imbuhan yang besar menanti para Peneroka Felda tak berapa lama lagi sewaktu saya pulang melawat mak dan ayah saya di Jengka tempohari. Khabarnya imbuhan dalam bentuk saham dan sebahagian lagi bentuk wang tunai. Mencecah puluhan ribu juga khabarnya. Ermm..kalau perkara yang baik, alhamdulillah, rezeki jangan di tolak. Saya sendiri merasakan langkah kerajaan buat ini demi kebaikan Peneroka Felda agar perniagaan menjadi lebih global bila tersenarai di Bursa Saham Jun nanti.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 03, 2012

10 Komen:

  1. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Alhamdulillah moga usahanya berhasil

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam...
      semoga saudara jua sihat di sana..
      Alhamdulillah...saya memandang dari
      sudut positif melangkaui perniagaan
      global..lagi pun kerajaan berjanji
      tidak mengganggu tanah2 peneroka
      yang telah mendapat hak milik sendiri
      hanya melalui harta FELDA dan hasil
      jualan buah sawit

      Padam
  2. moga dgn penyenaraian ni akan bawa naik maju lagi FELDA dan warganya ! kita tunggu nanti. :)

    BalasPadam
  3. jangan ade udang disebalik mee udah lagi
    selagi untuk kebaikan masyarakat terutama felda teruskan uasaha murni ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dilihat dari segi ekonomi global
      ada kebaikannya..asal tak terganggu tanah
      peneroka kerana janji kerajaan perniagaan
      hanya pada aset FELDA dan penjualan hasil
      ladang sahaja pada yang menjual pada kilang
      FELDA

      Padam
  4. Agensi besar seperti Felda yang secara langsungnya berniaga wajar disenaraikan.

    Jika diapungkan di Bursa Malaysia, hal ehwal syarikat serta kewangan tentu lebih mantap kerana diawasi oleh barisan ahli lembaga pengarah serta diaudit mengikut standard yang ditetapkan.

    Dan yang terpenting sekali ialah laporan kewangannya dapat diakses kepada umum menjadikannya lebih telus!

    Post Terbaharu Saya - Punca Kereta Mudah Terbakar

    BalasPadam
  5. Salam
    Moga2 semuanya berjalan dengan baik

    BalasPadam
  6. Tanniahlah peneroka Felda macam-macam habuan mereka dapat daripada kerajaan.

    BalasPadam
  7. Kalau betul apa yang di kata memang durian runtuh lah...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama24 April, 2012

    Takkan hanya menerima tanpa ada sesuatu yg kena kita bagi? I just wondering...

    BalasPadam