Kisah Dongeng Ikan Puyu Masuk Mulut Orang Menjadi Kenyataan?

Salam semua, pelbagai versi  kisah dongeng bagaimana ikan puyu melompat  masuk ke dalam mulut orang dan boleh membunuh dengan durinya yang boleh melukakan kerongkong selalu saya dengar sewaktu kecil dahulu. Tetapi sejak itulah, secara realitinya belum pernah saya mempercayainya hingga dikejutkan dengan berita ini.

 
IKAN PUYU Foto: kelisabah.blogspot

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang kanak-kanak terpaksa menanggung kesakitan hampir empat jam, selepas tertelan seekor ikan puyu hidup. Muhammad Akhif Danish Shamsuri, 4, dikatakan melihat ikan itu dalam sebuah balang dipelihara datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang sebelum memasukkan ke dalam mulut.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Shamsuri Shafie, 28, berkata, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah dan bergegas pulang setelah diberitahu kejadian tersebut oleh adiknya. Shamsuri bagaimanapun berkata, adiknya sempat memegang ekor ikan itu bagi mengelakkan ia terus masuk ke dalam kerongkong Muhammad Akhif.
“Saya mendapat panggilan­ meminta saya pulang. Dia beritahu, ikan puyu tersangkut dalam mulut anak saya dan berdarah.“Nasib baik anak saya tidak tertelan ikan itu, jika tidak mungkin keadaannya bertambah parah,” BACA LAGI


Adik Shamsuri dengan segera membawa anak saudaranya ke Hospital Machang untuk rawatan. Bagaimanapun, dia dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZII) untuk rawatan susulan. Doktor kemudian membius mangsa dan berjaya mengeluarkan ikan itu tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan.

NOTA : Maka terjawablah teka-teki lagenda Kisah Dongeng orang dulu-dulu tersebut. Ikan puyu tidak melompat terus ke dalam mulut seseorang, tetapi cuba dimakan oleh seorang kanak-kanak (kesian budak tidak tahu bahaya), dan nasib baik tiada perkara yang lebih buruk terjadi. Pengajaran buat kita semua, agar sentiasa mengawasi anak-anak kecil dengan persekitaran dan apa yang menjadi permainan mereka.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, April 22, 2012

16 Komen:

  1. hahahah..warna emas dekpong gak

    BalasPadam
  2. Mungkin pernah berlaku di dahulu kala dan sekarang ada kes kemalangan anak kecil tertelan ikan puyu. Syukur ikan puyu berjaya dikeluarkan.

    BalasPadam
  3. Gamaknya dahulu sekadar dongengan kini ianya menjadi kenyataan.
    Moralnya dongeng sudah menjadi kenyataan.

    BalasPadam
  4. nasib baik ikan tu kecik, tpi boleh pula dia msk kan sendiri ikn tu

    BalasPadam
  5. oh.. ini ikan puyu namanya? kalau di sabah namanya ikan Karuk :)

    BalasPadam
  6. Jangan main-main dengan ikan ni... Nyawanya cukup liat!

    BalasPadam
  7. kalau tertelan tu, bleh mati tu...yeala, ikan tu bukak duri2 dia...fuhhh...World War 3 [Russia Iran] vs Israel US

    BalasPadam
  8. X penah dengar dongeng tu plak, tp mmg mengerikan kalau budak tu tertelan, ikan tu plak mmg lmbt nak mati, haihh

    BalasPadam
  9. Bahayanya.... Kanak-kanak penuh dengan rasa ingin tahu.

    BalasPadam
  10. adui camner blh temasuk? dia bukak mulut ke adik tu?

    BalasPadam
  11. kisah tak dpt d ramalkan...agaknya balas ikan tu rendah tu huuu..

    BalasPadam
  12. anak saya seronok memancing ikan puyu nie

    BalasPadam
  13. x boleh nak byg sakitnya laaa

    pasni tangkap ikan kena tutup mulut

    BalasPadam
  14. Salam
    Mujur juga tiada kecederaan yang lebih parah
    Budak2 ni memang selalu nak mencuba

    BalasPadam
  15. atuk saya pernah cakap juga pasal benda nih,ternyata sekarang mmg betul.

    BalasPadam