Jangan Jadi 4 Golongan Lelaki Yang Bersama Wanitanya Di Neraka



Salam semua, artikel ini saya jumpa di mana-mana laman blog. Rasa bersalah pula tidak berkongsi dengan rakan-rakan semua. Bukan apa, kerap kali saya terjumpa rakan yang solat 5 waktu, tetapi isteri dan anak-anak perempuan mereka tidak bertutup kepalanya. Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Memang amat sedih sekali jika mereka tidak mengetahuinya.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

RENUNGAN: Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan puasa, menutup aurat,  pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri,  walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

RENUNGAN: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Di manakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau juga akan sehidup semati bersamanya di neraka nanti.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat kelak.

RENUNGAN: Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan kau ingat boleh terlepas azab neraka, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adik perempuanmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

RENUNGAN:  Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau mungkin terlupa. Kerana ibu juga insan biasa, dia tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah wahai sahabat lelaki ku semua, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah sehingga di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka bermula di dunia yang fana ini lagi. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahli keluargamu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu."



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 03, 2012

14 Komen:

  1. Mungkin kah saya yg pertama membaca entry Zul..
    BW..membaca entry2 baru.
    Alhamdulillah ..bertudung amat saya tekan kean kepada anak2. Dua anak perempuan saya aliran agama. Hal2 agama kena teguh, tidak lah ikut macam saya yang lahir bukan asli muslim ya..agama terlalu kurang..alhamdulillah dengan membaca dapatlah kesedaran dan muhasabah, memang ada ja kelemahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...
      terima kasih selalu singgah
      dan komen di sini Saudara :)

      Padam
  2. terima kasih
    saling ingat memperingati
    Ya Allah semoga kita semua diselamatkan dari neraka nanti...amin

    BalasPadam
  3. Sama-samalah kita saling berpesan dan saling mengingati antara satu sama lain.

    BalasPadam
  4. salam
    moga2 kita semua dipermudahkan Allah dalam urusan dan tanggung jawab ini
    amin

    BalasPadam
  5. awas...lelaki2 sekalian..jgn smpai berada dlm list tue yek

    BalasPadam
  6. Besarnya tanggungjawab seorang lelaki sbg ayah,abang, adik dan anak...ths bro.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama03 April, 2012

    Salam Zulkbo,

    Semoga kita isteri dan anak-anak perempuan kepada seseorang yang bernama lelaki tidak membebani suami/ayah dengan dosa2 kita.

    BalasPadam
  8. Ya Allah
    selamatkanlah kami semua dari azab neraka

    BalasPadam
  9. Terima kasih en.zul ..moga kita semua selamat dari azab neraka..amin

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas pengingatnya, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke 4 golongan tersebut.

    BalasPadam
  11. syukur sb mengetengahkan entri ini..semoga yg mmbaca akan ambik berat akan hal2 sebegini..

    BalasPadam
  12. Yang ni kita selalu lupa...thanks bro!

    BalasPadam
  13. Salam zul, terima kasih suatu perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam