Kerajaan Indonesia telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini kepada rakyatnya, kira-kira enam jam selepas gempa bumi kuat melanda bahagian utara Sumatera petang ini. Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga membatalkan amaran tsunami yang dikeluarkan kepada negara-negara Lautan Hindi termasuk Malaysia.
Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa, Thailand juga telah menarik balik amaran tsunami berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu berikutan kejadian gempa bumi berukuran 8.6 pada skala Richter melanda Aceh. Amaran itu ditarik balik oleh Pusat Amaran Bencana Kebangsaan malam ini.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berkata walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan. Katanya keadaan paras ombak meningkat juga dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.
NOTA : Kekecohan dengan pelbagai andaian sebelum ini nampaknya meleset apabila Pusat Amaran Gempa Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan kepada semua negara di sekitar Lautan Hindi sebelum ini. Alhamdulillah, jika benar seperti yang di ramalkan mereka itu.
NOTA : Kekecohan dengan pelbagai andaian sebelum ini nampaknya meleset apabila Pusat Amaran Gempa Pasifik telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan kepada semua negara di sekitar Lautan Hindi sebelum ini. Alhamdulillah, jika benar seperti yang di ramalkan mereka itu.
Syukur amaran Tsunami turut di tarik balik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
BalasPadamSalam
BalasPadamSyukur Alhamdulillah
semoga juga tiada lagi gempa susulan yg kuat boleh menyebabkan tsunami.
BalasPadamAlhamdulillah....hanya kepadaNYA kita bersyukur....
BalasPadamMujur takde bencana teruk macam dulu...Alhamdullillah
BalasPadamAda ke bangunan di acheh yang runtuh? Harap2 semuanya selamat.
BalasPadamMudah2an Allah melindungi kita semua dari bencana begini.
BalasPadamamaran yang amat menakutkan juga..apa2 mmg semua org takut...dan cuba utk selamatkan dri masing2
BalasPadamsyukur tiada apa yg berlaku
BalasPadamalhamdulillah selamat
BalasPadamAlhamdulillah..tiada tsunami berlaku..hrp² tiada gempa susulan tiba²
BalasPadamkene berjaga2 juga segala kemungkinan dan sediakan persiapan..
BalasPadamAlhamdullilah tiada tsunami :)
BalasPadamHuh.Bersyukur kepada Allah :)
BalasPadam