Nama kereta model terbaru Proton yang sebelum ini menggunakan kod P3-21A akhirnya di beri nama Preve yang diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) dan membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan. Ingatkan nama Proton Tuah atau Jebat yang akan diberikan?
Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Proton Preve disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta buatan Malaysia yang berkongsepkan 'family car'.
Menggunakan enjin 1.6 Liter, serta teknologi RESS yang akan memastikan pemanduan dan pengendalian yang cemerlang juga selamat termasuk model ini turut direka bagi mencapai standard kualiti seperti kereta dari negara Jepun.
Didatangkan dengan tiga varian pada harga bermula daripada RM62,000 sehingga RM75,000, dan enam pilihan warna. Proton Preve akan dilancarkan sedikit masa lagi sebelum memasuki pasaran luar negara.
Ini kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir sempena pelancaran nama model baru Proton ini:
“Jika ingin ke peringkat global, nama yang dipilih juga haruslah sesuai dan bersifat antarabangsa. Justeru itu, kami memilih Preve bagi membuktikan ianya lebih bermakna,”
INSPIRASI : Realitinya, kenapa nak bangga sangat dengan nama dari bahasa luar? Kenapa tidak digunakan nama tempatan yang sebegitu banyak? Dah tak sedap gamaknya nama yang ada dalam negara kita, sehingga terlalu mengagung-agungkan nama dari bahasa luar. Bukankah nama Tuah, Jebat dan pelbagai yang dicadang sebelum ini lebih menarik untuk ditonjolkan di luar negara, bahawa negara kita mempunyai nama yang baik dan sedap di dengar. Kalau kita sendiri malu dengan nama kita, bagaimana kita nak ada identiti sendiri sampai bila-bila? Kalau betul berkualiti, orang luar tahu menilainya dan bukan hanya pada nama. Nama itu pula sepatutnya, melambangkan identiti negara pengeluar dan sepatutnya kebanggaan kita.
Ermmm..
BalasPadamkan dah kena BEBEL?
Letak apa pun namanya..
BalasPadamAsalkan kualiti bagus dan boleh dijual ke seluruh dunia pada saya itu yang paling penting!
Post Terbaharu Saya - Sah! Preve Nama Model Terbaharu Proton
koi sokong...asalkan enjin bagus dan berkualiti :)
PadamPakai nama yg melambangkan Bangsa Malaysia kena bahan,
BalasPadamPakai nama luar xdak ciri Malaysia untuk tujuan antarabangsa..
Bukan senang nk jadi sebuah syarikat multinasional yg memenuhi NAFSU rakyat!!
Sokong sangat-sangat dengan penulis. Betul tu.. Melayu sekarang ni tak yakin dengan bahasa sendiri. Sebagai contoh lain cuba tengok nama jalan kat Putrajaya. Presint... Macam tak ada nama Melayu kan?
BalasPadambagi saya, letak jer la nama yang melambangkan malaysia, jgn risau, org luar negara mana faham pon, yg pasti mereka akan cuba menyebutnya juga walaupun pelik, memula la pelik, lepas tu mesti rasa biasa ja
BalasPadamMoga dengan nama international begitu, harapan untuk dijual ke peringkat dunia luas mudah2an.
BalasPadamtu la pasal
BalasPadamni tergeliat lidah nak menyebutnya
panggil pe 'ah je lah :)
Nak nyebut pon payah, prev ke preveeeee...hukk
BalasPadamNegara lain berlumba2 gnkan bahasa dorg, kalau dh best, org mesti kenal, walau namanya melayu....
Tapi lah bro kalau tengok Jepun yang sangat menyanjung bahasanya pun menggunakan nama antarabangsa untuk modal-modal kereta terbaru mereka dan pengorbanan mereka berjaya menguasai pasaran kereta dunia.
BalasPadamSalam bro zulkbo,
BalasPadamKalau ikutkan hati aku, aku pun nak proton guna nama yg bercirikan malaysia...ttp apa salahnya juga sesekali guna nama "luar" demi kepentingan syarikat itu sendiri...setuju dgn kata bro DH...tgk kt Jepun,Korea pun sama jugak....
Setakat nama pun bleh jd bahan? Kelakar lah korang. Kalau nak ikutkan kerata antara bangsa..mcm Honda @ Toyota tak ada pun nama Jepun diaorg letak.. Jd sama lah mcm proton buat skrg ni. Nak komen / kritik / kritik pakai mulut mmg senang.. Try bikin kereta sendiri lah lain kali kalau nl betul2 puas hati. Be cool
BalasPadamBanyak cantik
BalasPadamMungkin pihak Proton mahukan nama komersial untuk pemasaran global. Kalau kereta import pun mengunakan bahasa asing untuk jenama mereka.
BalasPadamSalam
BalasPadamMoga2 prestasinya juga sehebat namanya
lawa la kereta nie...
BalasPadamkalau murah ckit mesti boleh beli nie
memang dah murah..
BalasPadamEXECUTIVE MANUAL RM59,990
EXECUTIVE AUTO RM62,990
PREMIUM AUTO RM72,990............
orang yg komplen mcm2 ni lglah kurang semangat kemalaysiaannya, banggalah dulu dgn kete terbaru mlsia, pas tu baru komplen sikit2. Ni terus2 je nk entam, kalu kita sndiri siang2 da pndang rendah kat produk kita apalah lg org luar. sedar x? Banggalah jd org msia ada kete hebat,
BalasPadam