Gambar Majlis Nikah Kahwin Fasha Sandha Dan Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli)

Seperti  majlis pernikahan pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU tempohari, majlis pernikahan pasangan  ideal dan popular, Fasha Sandha dan Jejai juga dinanti-nantikan gambar suasana majlis bahagia mereka itu oleh peminat mereka  baik dalam mahupun luar negara.

Dalam suasana yang romantis dan eksklusif , di Tingkat 30, Hotel Crowne Plaza Mutiara, aktres popular Fasha Sandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai  malam ini dan resepsi mereka bakal berlangsung di Indonesia.


 
FOTO: rotikaya.com

Dengan dua kali lafaz, Fasha Sandha dan Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli),  sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 9.45 malam.Pasangan telah pun dinikahkan oleh bapa kandung Fasha sendiri, Hassan Mohaideen dengan mas kahwin RM8,888.88. Ucapan tahniah, semoga berbahagia selamanya dari blog ini buat mereka berdua.

Fasha menerima, 7 dulang hantaran antaranya cincin, beg tangan LV, Al-Quran dan telefon bimbit jenama Galaxy Note. Manakala Jejai pula menerima 9 dulang hantaran antaranya koleksi coklat, cincin, dan buku Terima Kasih Atas Cinta Ini. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga, teman rapat artis dan media yang terpilih sahaja.



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 27, 2012

8 Komen:

  1. Tanpa Nama28 April, 2012

    Tahniah Fasha Sandha dan.pasangannya. Semoga kekal keakhir hayat.

    BalasPadam
  2. kahwin jgk akhirnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..
      terbina masjid..
      semoga diberkati
      Allah hendaknya :)

      Padam
  3. Salam
    Tahniah untuk mereka berdua
    Moga dirahmati Allah selamanya

    BalasPadam
  4. tahniah semoga berbahagia..

    BalasPadam
  5. akhirnya, kahwin juga..

    BalasPadam
  6. Assalam..
    Moga kekal ke akhir hayat...

    BalasPadam
  7. Tanniah kepada pasangan Fasha dan Jejai. Berbelit juga hendak sebut nilai mas kahwin.

    BalasPadam