Saintis Rusia telah menyiarkan gambar dan rakaman video apa yang dipercayai, satu-satunya di dunia seekor ikan paus pembunuh jantan albino dengan keseluruhan tubuhnya berwarna putih bersih. Ikan paus albino ini dipercayai menghuni perairan Kepulauan Komander Rusia di Laut Bering.
Kelibat ikan paus pembunuh albino berwarna putih bersih ini telah di temui kira-kira 3 kali sebelum ini dalam tahun 2010. Cuma baru-baru ini sahaja para saintis menyiarkan berkenaan ikan ini kepada umum. Ikan paus albino itu telah dinamakan sebagai "Iceberg" kerana cara siripnya yang menjulang menyerupai ketulan iceberg.
Iceberg, seekor ikan jantan dan dipercayai berusia kira-kira 16 tahun. Walaupun para saintis masih belum dapat mengenalinya secara lebih mendalam tetapi berharap untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang kehidupan dan cara hidup ikan paus pembunuh albino yang dianggap haiwan yang istimewa.
Menurut Erich Hoyt, pengarah FEROP yang juga seorang Felo Penyelidikan Ikan Paus menyatakan di laman blog beliau: "Dalam banyak cara, Iceberg (ikan paus pembunuh albino) ini adalah simbol semua yang baik, liar yang luar biasa dan menarik tentang apa yang ada di lautan luas menunggu untuk diterokai oleh manusia".

unik2..
BalasPadamigt manusia je albino
Harap tak tertipu kali ini....hehe
BalasPadamKebesaran kuasa Allah swt.....
BalasPadamikan paus pun ade albino jugak
BalasPadambesarnya kekuasaan Allah
Assalamualaikum...
BalasPadamMoga saudara sihat hendaknya..
Cuba juga cari video atau gambar keseluruhan ikan paus tu tapi tak jumpa pulak. Nampak finnya jer...
Susah nak jumpa nih..jenis albino..
BalasPadamTidak pernah tahu ada killing whale albino.
BalasPadammmg jarang2 dengar..
BalasPadammula2 tngk ingatkan wana itam tu, rupenye yang macam icebeg
BalasPadam