Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan bersama satu-satunya anak lelaki beliau dari perkahwinan sebelumnya bernama Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha.
Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya datang melawat beliau di sebuah taman. Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.
Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes. Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.
Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli bangunan yang mempunyai 30 bilik di situ tiga tahun dahulu. Beliau juga memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro).
Hubungan bapa dan anak tidak akan putus kerana darah yang sama mengalir di tubuh anak.
BalasPadambetul tu akubiomed~
BalasPadamTidak semua kuah tumpah ke nasi..
BalasPadamTapi rasanya menurut prinsip kesamian apabila menjadi sami putus segala hubungan termasuklah hubungan bapa dan anak. Ini berdasarkan doktrin Buddhism attachments cause the suffering. (ikatan - terhadap apa-apa perkara seperti kasih-sayang, cinta, keluarga, harta, hiburan, baldi, unta, nasi beriyani gam dan lain-lain menyebabkan sesengsaraan.)
BalasPadamJadi jika di lihat di atas Dengan AK melawat anaknya, AK tidak bebas dari perasaan seorang ayah ke pada anaknya. Kalau AK bebas tiada bezanya AK melawat seorang sami di lain-lain tempat - kenapa nak ke kuil temapat anaknya berada pulak?. Samada anaknya bebas dari perasaan kasih seorang anak ke atas bapa saya tidak pasti. Kalau tidak bebas maknaya anaknya telah FAILED dalam kesamiannya.
Tapi jelas dari air muka mereka kasih sayang ternampak juga. Dengan hormat di atas kepercayaan penganut falsafah Buddha, saya gembira kerana agama saya tidak menghalang fitrah manusia untuk membebaskan diri dari kesengsaraan.
Terima kasih Talhah
Padamatas perkongsian pendapat dan komen anda yang menarik tersebut..ada setengahnya memang saya kurang tahu sebelum ini.
Salam
PadamSaya juga tak tahu apa2 mengenai hal sami ni
Terima kasih
tq bro Talhah satu pandangan dan penerangan yg jelas :)
BalasPadamAir di cincang tak akan putus...
BalasPadambaru tahu yg anaknya seorang sami..
BalasPadamThe only son yang dia ada..
Padamlagi 2 orang khabarnya perempuan
keduanya dengan isteri kedua
Hanya itu sahaja seorang Terkaya di Asia Tenggara mampu lakukan. Melahirkan anak yang bukan jutawan macam dirinya.
BalasPadammasih ingat akan anaknya juga..pertalain tak akan putus jika saling mengingati dan saling hormat antara satu sama lain
BalasPadamair mukanya senyum sahaja dua beranak itu
BalasPadamtak banyak kita tahu pasal keluar AK rupanya. kasih sayang ibu/bapa xboleh dinilaikan dengan wang.
BalasPadamkaya raya sklalipon kasih sayang anak pling bernilai..
BalasPadam