Salam semua, kalau anda pernah mendengar lagu Allahyarham Sudirman 'Joget Kenangan Manis', terdapat lirik lagu di antaranya '..kalau pergi Kuala Kubu..tulis nama atas batu..'. Memang ada maksud tersendiri pada lirik lagu tersebut dengan pelbagai penafsiran oleh kita semua.
Berlainan pula dengan seorang remaja di Jepun yang telah menulis nama beliau di atas bola sepak kesayangannya dan hilang semasa tsunami besar melanda Jepun kira-kira setahun yang lepas. Siapa sangka, bola sepak tersebut akhirnya ditemui semua hanyut sehingga ke Alaska.
Remaja tersebut bernama Misaki Murakami menulis namanya di atas bola sepak. Bola yang hilang ketika tsunami Jepun tahun lalu itu ditemui di pulau terpencil Alaska di seberang Lautan Pasifik. Agensi berita Kyodo berkata, remaja berusia 16 tahun yang berasal dari daerah Rikuzentakata yang terjejas teruk akibat bencana itu, terkejut dan bersyukur kerana bola sepaknya ditemui.
Pegawai Pentadbiran Atmosfera dan Perairan Kebangsaan berkata, bola berkenaan adalah antara objek pertama daripada sisa tsunami Jepun selepas tragedi 11 Mac 2011. David Baxter yang menemui bola sepak itu di Pulau Middleton, berkata isterinya yang berbangsa Jepun, Yumi, menghubungi Murakami menerusi telefon. Pasangan itu bercadang untuk menghantar semula bola sepak itu kepada remaja terbabit tidak lama lagi. - AP
NOTA : Moral dari kisah ini, selalulah menulis nama anda pada barangan mahupun harta benda anda! Contoh, beg, buku, jam tangan dan sebagainya. Pasti mudah untuk dipulangkan semula sekiranya anda kehilangannya satu hari nanti. Saya ambil contoh di masjid sudahlah, entah berapa banyak jam tangan milik jemaah yang tertinggal semasa mengambil wuduk sebelum bersolat. Cuma satu, jangan sesekali menulis nama anda di atas wang kertas. Satu cara yang salah, kerana ini menyebabkan wang tersebut silap haribulan tak laku di kedai nanti.
menakjubkan jika tuhan mengkehendaki
BalasPadamterasa dunia ni kecik jer...
BalasPadamSalam
BalasPadamJauh benar bola ni mengembara
Mungkin boleh ditempatkan di muzium tsunami nanti
rezeki budak tu sbb org yg jumpa bola tu sudi nak pulangkan semula..
BalasPadamjam? 2x dah koi hilang jam tgn kat masjid..
Jumpa dek 'mat sapu' ...dibuatnya harta sendiri.
BalasPadamjauh dia bawak diri, mencari tempat yg sesuai dgn dia kot :)
BalasPadamSuka juga conteng nama kat tempat tertentu :)
BalasPadamTiada yg mustahil dalam dunia ni jika DIA mengkhendakinya....
BalasPadamHanyutnya jauh sampao ke Alaska ya dan untungnya bisa diketemukan disana.. keren
BalasPadamjauh merantau ke alaska..
BalasPadamBagaimana pula dosa-dosa lalu tentu akan menimbulkan perasaan penyesalan seumur hidup.
BalasPadam