BERSIH 3.0 Mesti Jalan Jem Lagi Esok

Jika BERSIH 2.0 tahun lepas,  banyak jalan yang menghala ke bandaraya Kuala Lumpur ditutup dan ianya mengakibatkan kesesakan yang memang menyesakkan. Pengalaman tahun lepas, akan menjadi mimpi ngeri lagi buat saya lagi tahun ini kerana saya bekerja esok.

Jika tahun lepas  jangan cakap jalan biasa, jalan Lebuhraya AKLEH juga ditutup pada setengah laluan (yang pelik lepas bayar tol ?). Jika laluan ke bandaraya ditutup saya tak kisah sangat sebab saya kerja di KLCC, tetapi laluan masuk ke parking bawah tanah KLCC juga di tutup.

Saya ditahan apabila melalui susur keluar ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC melalui AKLEH oleh kakitangan yang kelihatannya bukan polis atau bomba cuma kakitangan DBKL. "Arahan orang atas" katanya, walau saya menunjukkan pas kerja KLCC, tapi masih tidak dibenarkan masuk.

Ermm, kerana arahan 'orang besar', kadang-kala manusia tak berfikir dah. Saya diarahkan melalui jalan jauh dan terpaksa berpatah balik sehingga ke Jalan Tun Razak yang telah sedia menjadi sesak kerana semua kenderaan dipaksa masuk ke laluan yang sama.

Harapan tahun ini tidak berlaku perkara yang sama, memandangkan kereta uzur saya ini bukan boleh lama sesak dalam trafik jem, takut suhu enjin mencanak naik tinggi bila sangkut-sangkut lama sangat. Tak pasal-pasal nanti, terus jadi punca trafik jem bila kereta mati ditengah jalan.




Berkenaan dengan Himpunan Duduk Dan Bantah BERSIH 3.0 esok pada pandangan peribadi saya, baik di biarkan sahaja. Saya pasti walau dihalang sekalipun mereka tetap akan datang dan protes seperti BERSIH 2.0 sebelum ini. Lagi pun saya yakin kalau tiada provokasi, keadaan akan terkawal.

Mereka yang hadir pun sekadar tanda protes kepada kerajaan kerana mahukan pilihanraya yang lebih bersih kali ini dan saya sokong. Rakyat nak tunjukkan rasa ketidakpuasan hati mereka dan kerajaan kenalah ambil perhatian, bukan menakut-nakutkan rakyat.

Jika sambutan tahun baru dengan kunjungan ribuan orang boleh  dikawal di sekitar KLCC sebelum ini, apalah sangat dengan DUDUK DAN BANTAH yang dianjurkan oleh gabungan NGO di seluruh negara yang mahukan kerajaan mendengar permintaan mereka demi PRU 13 yang lebih telus dan adil.


 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, April 27, 2012

3 Komen:

  1. Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH, tetap akan meneruskan perhimpunan duduk bantah esok, tetapi akan mematuhi perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

    "Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," kata pengerusi bersamanya, Datuk S Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

    Perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

    Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dari mahkamah majistret Kuala Lumpur. Perintah itu dipohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi.(MALAYSIAKINI)

    BalasPadam
  2. Salam
    Himpun Duduk Bantah akan bergerak sehampir mungkin dengan Dataran Merdeka
    Nampaknya kesesakan akan lebih teruk kerana mereka akan memenuhi segenap jalan nanti
    Sedangkan padang yang luas tu pulak kosong

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorg dh diberi alternatif len pi berhimpun kat stadium..tp x mo jgak..

      Padam