Apa Anda Akan Buat Jika Ada 5 Billion Dollar Diusia 94 Tahun

Jika anda mempunyai wang hampir lima bilion dolar dalam akaun bank anda, apakah yang akan anda lakukan? Bagi Karl Wlaschek yang telah berusia menjangkau 94 tahun, jawapannya ialah berkahwin lagi dengan wanita yang jauh lebih muda dan cantik sebagai pasangan hidup dalam meniti hari-hari terakhir hidupnya di usia tua.

 
Foto © AP

Forbes melaporkan melalui Vienna News bahawa, Wlaschek seorang jutawan runcit Austria akan berkahwin untuk kali kelima pada usia menjangkau 94 tahun. Bakal pengantin perempuan tersebut Friederike Ricki Schenk, yang tidak didedahkan usianya, tetapi berkemungkinan  tiga dekad lebih muda dari Wlaschek.

Wlaschek memperolehi $ 4.7 bilion dolar dalam akaun bank sebagai pengasas Billa, satu rangkaian pasar raya terbesar di Eropah. Rangkaian pasar rayanya, Billa juga antara yang terbesar di Austria. Pengumuman pertunangan mereka di lakukan di sebuah hotel 5 bintang kepunyaan Wlaschek di Austria.


Wlaschek bertemu bakal pengantin perempuannya di dalam satu majlis di Vienna beberapa tahun lalu. Khabarnya, mereka seolah pasangan yang 'sejiwa' apabila kedua-dua mereka, kehilangan pasangan terakhir mereka pada hari yang sama.

Majlis perkahwinan pasangan itu ditetapkan akan berlangsung dalam beberapa hari lagi, menurut Forbes. Tetapi, ada beberapa gosip akhbar di Jerman berkata, hari besar itu telah berlaku pada hari Sabtu minggu lalu.

Wlaschek sendiri sudah mempunyai empat anak hasil perkahwinan terdahulu tetapi masih beria-ria mahukan lagi antara lima atau enam anak dengan isteri barunya. Bakal isteri barunya sambil ketawa dengan komen Wlaschek itu,  berkata 'Saya tidak begitu muda lagi'.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, April 17, 2012

9 Komen:

  1. terfikir juga...

    kalaulah dia beroleh sinar hidayah...

    sebab jika tidak, beginilah jadinya..

    hanya mampu kagum dalam kesedihan...

    BalasPadam
  2. kalau kome, x de faedah duit banyak dikala usia gitu, bagi kat anak dan cucu, selebihnya sedekah semua buat saham kita bila mati nanti...

    BalasPadam
  3. Rumah kata pergi dan kubur kata mari. :-)

    BalasPadam
  4. kena minum tongkat ali ni haha

    BalasPadam
  5. Hahaha...yang tua nak yg muda krn beberapa sebab....yg muda lak nak yg tua juga kerana bersebab...lumrah hidup didunia ni bro....-negatifnya pandangan koi nih...:)

    BalasPadam
  6. Salam
    Nampak ada perbezaan pandangan oleh si lelaki dan si perempuan

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Kalau ada duit banyak tu, sedekah je la untuk saham akhirat...

    BalasPadam
  8. byknya..tp x leh bwk ke kubur la..

    BalasPadam
  9. Kalau ada duit sebanyak tu belum tentu buat sedekah,belum ada boleh la cakap...dah ada depan mata lain cerita...

    BalasPadam