Perlawanan Indonesia vs Bahrain dalam Kelayakan Piala Dunia 29 Februari lalu, menyaksikan Indonesia dibelasah teruk oleh Bahrain dengan 10 gol tanpa balas. Perlawanan ini mencetuskan kontroversi apabila pasukan Bahrain di katakan memerlukan 9 gol untuk layak ke pusingan seterusnya sedangkan Indonesia telah terkeluar dari persaingan. Bagaimanapun Bahrain tetap terkeluar apabila Qatar seri 2-2 dengan Iran.
Bahrain: 1-Sayed Mohamed, 2-Waleed Mohamed, 3-Abdula Abdulrahman, 4-Sayed Dhiya, 5-Saleh Abdulhameed, 7-Abdulwahab Ali, 10-Mohamed Ali, 11-Ismael Abdul Latif, 13-Mahmood Abdulrahman (Fahad Al Hardan 90), 14-Salman Isa, 15-Abdullah Omar.Indonesia : 1-Samsidar, 6-Rendi Saputra, 8-M. Taufiq, 10-Irfan Bachdim, 11-Aditya Dewa(Ricky Ohorella 61), 13-Gunawan Dwi Cahyo (Benny Wahyudi 66), 14-Hengki Ardiles, 15-Diego Michiels, 17-Ferdinand Alfred Sinaga, 19-Slamet Nur Cahyo (12-Andi Muhamad Guntur 4), 22-Abdulrahman
Kekalahan dalam agregat yang besar sebegini bukanlah perkara baru dalam sejarah bolasepak Indonesia kerana mengikut rekod, pasukan Indonesia pernah kalah teruk 9-0 sewaktu perlawanan persahabatan menentang Denmark di Copenhagen pada 3 Disember 1974. Selain itu kalah 0-6 dengan Jepun, kalah 1-7 dengan Malaysia dan kalah 1-5 dengan Myanmar dalam kejohanan Piala Merdeka pada tahun 1976.
moga mereka bersabar atas ujian ini :)
BalasPadamwah..kenduri betul ni
BalasPadamtu lah dulu gelak kat Malaysia
BalasPadamsekarang ambik ko hehehe
tapi tetap tak layak... takda rezeki..
BalasPadamTak layok pun puas hati weh....
BalasPadamperg...macam main winning eleven jer
BalasPadampemain2 indonesia terpaksalah mintak maaf banyak2 kat peminatnya
BalasPadamWalaupun kennduri gol masih tidak layak untuk ke peringkat seterusnya.
BalasPadam