Sijil Halal Jakim : Hukuman Penjara Menanti Yang Engkar Mulai 1 Julai 2012

Mulai 1 Julai ini, hanya sijil dan logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan diiktiraf. Pengusaha yang gagal mempamerkan sijil dan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berdepan hukuman denda dengan jumlah yang besar dan berkemungkinan dipenjara.



Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff berkata,  jabatan itu akan melakukan pemantauan di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) selepas ini.

Pihak Jakim akan membuat lawatan operasi di setiap premis mulai 31 Mac sebagai langkah awal (pendidikan) untuk memastikan setiap premis perniagaan yang mempunyai sijil halal dan tidak hanya mempamerkan logo halal sahaja, malah sijil halal juga turut dipamerkan.

Sijil halal yang dikeluarkan pihak swasta tidak diiktiraf dan akan dikenakan tindakan. Semua ini termaktub di bawah Seksyen 16 Akta Perdagangan Dalam Negeri 2011. Sehingga Februari lalu, sebanyak 1,420 permohonan sijil halal telah diterima.(BERNAMA)

MY THOUGHT: Tahukah anda memakan makanan yang HALAL serta cara pengambilan makanan yang betul menurut Islam juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kesihatan tubuh badan. "Mencari yang HALAL itu adalah WAJIB ke atas setiap muslim". Maka tindakan menguatkuasakan undang-undang ini adalah sesuatu yang disambut baik semua pihak. Tahukah anda pinggan mangkuk  juga tiada yang HALAL?



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Mac 16, 2012

6 Komen:

  1. Assalamualaikum...

    Moga saudara sihat hendaknya..

    Elok benar jika pihak Jakim sentiasa membuat operasi tu

    Ya benar ada di antara pinggang mangkok kita diperbuat dari bahan yang tidak suci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W_salam Saudara Abdul Razak..
      moga saudara juga sihat hendaknya..

      pinggan mangkuk yang mahal di hotel
      dan restoran mewah selalunya menggunakan
      pinggan mangkuk "China Bone" berhati-hatilah
      kita semua bila makan di sana :)

      Padam
  2. Masih pengusaha Melayu yang masih kurang memohon sijil Halal berbanding yang bukan islam.

    BalasPadam
  3. Salam
    Pemeriksaan yang berterusan juga penting untuk menjamin keberkesanan

    BalasPadam
  4. lepas ni ada yg tak berani dah :)

    BalasPadam
  5. Jakim dan agensi penguatkuasa Halal(kalau ada) kena lebih pro aktif dalam mendidik masyarakat dan peniaga melalui media masa. Jangan hanya bertindak hasil dari maklumat orang ramai sahaja dan menyembunyikan maklumat dari orang awam untuk melindungi kepentingan golongan tertentu.Berapa agaknya nilai penguatkuasaan Halal Jakim ni ya?.

    BalasPadam