Pemberian Gaji Baru SSM Dan BR1M Kerajaan Malaysia Mampu



Kerajaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung kenaikan gaji 1.4 juta penjawat awam berikutan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) antara lain melibatkan pelarasan gaji dari 7 peratus sehingga 13 peratus.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, penambahbaikan SSM membuktikan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang merupakan kumpulan terpenting sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan.

"Ia melibatkan kos, implikasi kewangan yang tinggi, tetapi kita mampu menampung bukan sahaja kenaikan gaji, tetapi juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kosnya kira-kira RM2.6 bilion, kerana hasil meningkat dan peningkatan hasil itu dipulangkan kepada rakyat,"( UTUSAN)


NOTA: Ermm..nampaknya kenyataan oleh orang kuat ekonomi Malaysia ini, menolak tohmahan setengah pihak yang kerajaan akan jatuh bankrap apabila pengagihan kekayaan negara ini kepada rakyat Malaysia. Penulis sendiri secara peribadi melalui sumber yang boleh di percayai, negara kita Malaysia memang kaya dengan harta-harta dan  pelaburan di luar negara yang tidak pernah dinyatakan dalam akhbar dan media sebelum ini. Cuma harapan saya, sebaiknya semua golongan rakyat menikmatinya dan bukan hanya golongan dan kumpulan tertentu sahaja.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Mac 25, 2012

8 Komen:

  1. Nampaknya berita bagus ni Zul..dah baca. Sekurang2 kita ada perasaan happy dan bersyukur mana2 imbalan kerajaan. Maklumlah makan gaji..tengah2 bulan tu alahai...mana nak cari. kena tunggu masa. Apapun..tengoklah perkembangan..

    BalasPadam
  2. kasi sama rata... semua duit rakyat tuh.. bukan orang2 atas jer.. kekayaan harus dikongsi bersama

    BalasPadam
  3. Moleklah kalau kekayaan negara di bagi sama rata jgn sesetengah pihak sahaja yang merasa....

    BalasPadam
  4. dah ada jaminan, baguslah tu :)

    BalasPadam
  5. Salam
    Negara kita memang sebuah negara yang kaya
    Sejak dahulu penjajah datang mengaut kekayaan, sampai sekarang kita masih juga kaya
    Cuma agak hairan mengapa masih sangat ramai rakyat yang terlalu miskin
    Mereka tak punya usaha atau mereka tak punya peluang?

    BalasPadam
  6. Masalahnya sekarang agihan tu untuk golongan yang berpendapatan rendah je. Golongan pertengahan yang banyak membayar cukai cuma dapat serpihan je. Bila dah dijamin camtu, harap2 betul la. Bukan hanya auta je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu untungnya ada CUEPACS mengambil berat nasib ahlinya. Bukan mudah untuk memenuhi semua peringkat.

      Kalau pekerja swasta kalau tidak ada kesatuan sekerja lagi susah dimana mereka hendak mengadu nasib.

      Padam