Sudah banyak syarikat-syarikat bertaraf GLC, yang sama ada bankrap ataupun merudum perniagaannya. MAS adalah satu di antaranya dan yang terbaru melibatkan kerugian RM2.52 billion. Persoalannya, kenapa ini boleh berlaku? Sedangkan pesaing terdekat Singapore Airline boleh mencatat keuntungan?
MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan AirAsia pun mengalahkan MAS dari segi membuat keuntungan.
Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran AirAsia yang kini bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion. Meskipun AirAsia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.
MAS tidak boleh menyalahkan keadaan ekonomi global yang kurang sihat kerana Singapore Airlines berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun lepas. Malah, kita tidak perlu pergi jauh kerana syarikat penerbangan bajet tempatan AirAsia pun mengalahkan MAS dari segi membuat keuntungan.
Kita hanya perlu melihat permodalan pasaran AirAsia yang kini bernilai RM10.1 bilion, berbanding MAS yang hanya bernilai RM4.8 bilion. Meskipun AirAsia hanya berumur satu dekad dan jauh lebih kecil dari segi operasi, ia bernilai lebih dua kali ganda dalam permodalan pasaran.
Pastinya terdapat masalah dalam strategi perniagaan dan pengurusan MAS, apabila syarikat penerbangan
bajet yang mengenakan caj yang lebih rendah lebih berjaya dan
menguntungkan berbanding syarikat penerbangan yang mengenakan caj yang
tinggi.
Keuntungan bersih MAS merudum dari tahun ke tahun seolah ada sesuatu yang tak kena. Pada tahun 2009 MAS mencatat keuntungan RM490 juta diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.
Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris Jala dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO pada tahun 2005. Beliau berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding kerugian RM1.3 bilion dua tahun sebelum itu.
Keuntungan bersih MAS merudum dari tahun ke tahun seolah ada sesuatu yang tak kena. Pada tahun 2009 MAS mencatat keuntungan RM490 juta diikuti oleh keuntungan RM234 juta pada 2010 dan kemudiannya kerugian sebanyak RM2.52 bilion untuk tahun 2011.
Kerugian yang dialami ini jauh berbeza dengan prestasi beberapa tahun lalu apabila Idris Jala dilantik untuk memulihkan MAS sebagai CEO pada tahun 2005. Beliau berjaya mencatatkan keuntungan RM850 juta pada tahun 2007 berbanding kerugian RM1.3 bilion dua tahun sebelum itu.
Kerajaan mestilah mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar ini dan mengambil tindakan segera tanpa memilih bulu, kerana MAS adalah milik rakyat dan hasil kerugian darinya di tanggung oleh rakyat Malaysia.
NOTA: Sebagai Rakyat Marhaen, saya cukup pelik dan hairan tindakan kerajaan persekutuan menyelamatkan MAS pada 2001 dengan membayar dua kali ganda harga pasaran. Kerajaan persekutuan membayar RM1.8 bilion ataupun RM8 setiap saham kepada Tan Sri Tajudin Ramli walaupun harga pasaran pada masa itu hanya RM3.68 setiap saham?
Salam Saudara.
BalasPadamberita kerugian MAS ni sememangnya mengejutkan. entah mana silapnya pun tak tahu. setuju dgn pernyataan Saudara di atas, AirAsia yg baru sedekad umurnya pun sudah hebat inikan pula MAS yg dah berdekad.
dan saya kerugian ni paling teruk dlm sejarah MAS. atau mungkin dlm GLC. ni mungkin ada kesilapan dlm pentadbiran pengurusan.
dan isu dlm banyak syarikat umum keuntungan, tiba-tiba MAS umum kerugian. dan pd masa yg sama kes melibatkan Tajudin pun sedang berlangsung.
harap MAS dpt naik kembali. org yg komited dan cekap perlu mengetuai MAS. antaranya seperti Idris Jala. :)
(itu pendapat saya)
Orang yang kurang cerdik menguruskan beginilah jadinya..rakyat malaysia byk wang...apa susah kutip jer dari rakyat :(
BalasPadamsiapa yg tanggung
BalasPadamsimple je jawapannya
kita dan kita dan kita :)
rugi lagi... ish2 ish... silap2 air asia yang ambil alih nanti
BalasPadamJika suatu usaha ingin tetap bertahan, maka harus selalu meng-update programpromosi dan harus terus memperhatikan keinginan pelanggan.
BalasPadamRugi dalam suatu bisnis adakalanya wajar,akan tetapi harus segera dipikirkan agar jangan sampai merugi terus..
BalasPadamtiket MAS mahal.
BalasPadamsaya baru beli ticket emirates airways from dublin-klia, cuma 737 euro.
kalau malaysia airline dublin-klia, sampai 800++ euro.
padahal servis emirates lagi mantop dari MAS.
maaf andai ada khilaf dalam pendapat.
nak bagi untung balik,kena pikir cara lain pulak ler...1)kawtim dgn petronas buat kontra dari harga minyak mentah ke produk minyak kapetrobang utk stok setahun(mcm ada bau2 subsidi jugak ler. 2)Operasi lapangan terbang guna tenaga penjanaan sendiri green teknologi 3)kurangkan kos operasi dari pelbagai sudut dgn bijak tanpa tergendala semua operasi 4) serapkan kakitangan berpengalaman dari AA ke MAS yg gaji mahal2 tu....matlamat rakyat mesia ble terbang ke mana shj dgn kos murah..yg terbaik buat kapetrobang sendiri
BalasPadamQPR kasi taruh dua calour biru sama merah pada jersi bola dgn dua simbol airline besar dan terang,cari palyer yg glamer sepak bola tonjul pn tak pe asalkan jdi model pengiklanan
BalasPadamSallam En Zul,
BalasPadamLama dah dengar isu MAS ni,
Tapi tak pulih2 juga,
orang dah tak suka naik MAS kut,
Penerbangan tambang murah dah ada...
Assalam...
BalasPadamMungkin boleh belajar dari kesilapan/ kelemahan dulu...
MAS tambang mahal dari AirAsia tapi masih ada lagi yang guna MAS disebabkan kecewa dengan kos tersembunyi syarikat penerbangan lain..
Hmmm tu lah, sy pon x faham kenapa time idris jala dl, Dia dh buat untung, ditukar plak... *ni sume pasal politik kan*
BalasPadamKang esok2 kuor statement tahapaapaentah dr dorg....
sy still suka naik Mas walaupun mahal sedikit, tp kualiti bgs, servis terbaik... cuma apa yg sy nampak dr kelemahan pentadbiran la, yg mana satu tu, kita xtaw la kan, kita xnampak depan mata, cuma apa yg boleh Mas buat adalah perbaiki kelemahan yg ada... cari kelemahan tersebut dan cuba keluar dari masalah tersebut..
BalasPadamPengguna skrg dah bijak mencari khidmat yang lebih baik...tambang MAS terlalu mahal....jadi, untuk ke lokasi yang sama contohnya KL-Penang, tambang airasia baru RM190+ pegi balik..tp MAS pegi sahaja lebih RM200....terlalu mahal....servis biasa saje...gaji pilot & stewardess pon terlalu mahal, tp sombong....patutnya pilot, pramugara-pramugari, staff MAS kene malu dgn pengguna sbb MAS nak bankrap dah...bail out guna duit cukai gak tu nnti ..huhuu
BalasPadamhttp://wanwidget.com/
BalasPadamsaya sbnrnya kurang faham apa yg berlaku,
Simple je Wan..
PadamGLC tu maksud Goverment Linked Company
yang di urus oleh Khazanah Nasional Berhad
yakni syarikat yang kepentingannya
adalah milik kerajaan Malaysia yang
juga mewakili rakyat Malaysia..jadi
kalau berniaga untung, rugi kerajaan akan
menanggungnya..buat apa meniaga kalau
rugi..duit berbilion tu kalau di edar
pada rakyat..kita labur dalam ASB dan
tentu dapat paling kurang 7% keuntungan
setahun kan..?
nie la yg rugi...
BalasPadamguna duit tax payer...
lepas 2 mahal nk mampus...
kualiti booooo....
say no to glc
Rugi berbiling ringgit rilek sahaja kerajaan atau sudah menjangkakan kerugian ini.
BalasPadamNampak anugerah kru kabin terbaik tidak mampu menarik keuntungan kepada MAS.
salam.. sebenar nya mas nie terlalu banyak staff.. cara diorg bekerja mcm nie 1 tugasan 100 org handle.. manager pulak mkn gaji bersar dudok goyang kaki dlm aquarium( office kaca). 1 lg.. diorg nie 1 department 10 manager bergaji besar tp x tau apa yg diorng buat..
BalasPadamx staff....